Hello, welcome to www.imanabdulrahim.com. You can search about any topic here :)

Duduk rumah perlu ke pakai sunscreen?


Duduk rumah, perlu pakai sunscreen atau tak?



Sunscreen adalah benda yang paling penting untuk jaga kulit kita. Sunscreen is the best anti- aging product. Tak perlu pakai yang fancy fancy pun takpe, asalkan kita tak pernah terlupa pakai sunscreen.

Kenapa kena pakai sunscreen?
1. Taknak kulit nampak kusam, tak bermaya, gelap atau pun burn 
2. Taknak kulit berkedut and cepat nampak tua 
3. Taknak ada pigmentation / jeragat - Kebanyakkan punca utama jeragat, sebab tak pakai sunscreen. 
4. Taknak kena skin cancer



Disebabkan sunscreen ni benda yang paling penting, kalau terdedah dengan matahari atau pun keluar rumah, wajib apply sunscreen.

Kalau malam, tak perlu pakai sunscreen sebab kita nak melindungi kulit kita daripada cahaya matahari. Malam takde cahaya matahari, jadi tak perlu pakai sunscreen :)

Kalau duduk rumah, perlu tak pakai sunscreen? Ni soalan yang famous especially daripada surirumah ataupun student yang tengah cuti, tak keluar rumah sangat. Jadi jawapannya:

1. Tak perlu pakai sunscreen kalau duduk rumah yang tak buka langsung pintu dan tingkap, ataupun bangunan yang tak masuk cahaya matahari langsung. Kiranya langsir pun tak buka, bergelap gelita and harapkan lampu sahaja daripada pagi sampai malam. Cahaya matahari pun nampak. Jadi tak perlu pakai sunscreen pun tak apa sebab kulit tak kena cahaya matahari langsung.

2. Perlu pakai sunscreen kalau duduk rumah tapi buka tingkap, cahaya matahari masuk dan tingkap tak ada perlindungan daripada UV. Kalau taknak pakai sunscreen, moisturizer with SPF15-30 should be enough.

3. Perlu pakai sunscreen kalau duduk rumah, tapi keluar sekejap sekejap untuk jemur kain, abang pos laju datang hantar barang ke ataupun keluar siram pokok. Bila keluar rumah walaupun sekejap, kulit kita terdedah dengan matahari. Jadi, kita perlu lah pakai sunscreen. Untuk daily use, SPF30 should be enough tapi make sure pakai yang secukupnya.





Also read: Kenapa pakai sunscreen tapi kulit makin gelap? https://www.imanabdulrahim.com/2018/05/kenapa-saya-pakai-sunscreen-tapi-kulit.html


That's all. Thanks for reading and hope it helps!