Hello, welcome to www.imanabdulrahim.com. You can search about any topic here :)

Big Bad Wolf Kuala Lumpur 2018 #BBWKL2018

My second time BBW.



Dulu I malas nak pergi Big Bad Wolf sebab I tahu I tak ada masa nak membaca buku, dulu busy study, lepastu busy kerja. Dah ada anak baru rasa macam bestnya belikan buku, so memang target beli buku children je dekat BBW.

Big Bad Wolf Kuala Lumpur 2018

Date: 7/12/2018 - 17/12/2018
Time: Buka 24 jam! I teringin nak pergi pagi pagi tapi I mengantuk haha
Location: MIECC, The Mines

 Yang ni pergi weekdays hari orang kerja tapi cuti sekolah, pukul 11 pagi. Lengang! Best beli barang. Tapi I pergi hari Ahad pukul 5 petang pun okay je, tak ramai sangat pun orang.

Big Bad Wolf ni sebenarnya the biggest and most affordable book sale. Ada a few buku yang I dah berkenan lama dah tapi harga RM100++. Bila kat sini, harga dia RM10++ je. Memang I jadi rambang mata kejap.







I punya aim bahagian Children je. Board books untuk Maysaa. Kalau beli buku untuk kids memang best. Ada banyak! As for other books, orang kata boring and tak banyak pilihan. I tak tengok sangat sebab aim memang nak beli buku for kids.




Ciksu Maysaa beli buku untuk SPM. Ada banyak buku latihan SPM, harga RM2.50 pun ada. Average memang under RM5. Tu yang kemain beli banyak tu buku SPM untuk dia sorang. Kalau zaman dulu murah camni, mesti I pun borong bebanyak. Malangnya tak ada haha.


Ni books untuk Maysaa masa pergi first round. Harga average dalam RM10. Tak murah sangat sebenarnya sebab I pernah beli dekat MPH (buku Hinkler) around RM9.90 je. Lebih kurang macam buku buku kat BBW ni tapi ada banyak lagi pilihan so rasa seronok nak beli.

For me, I cari yang real pictures, tapi sekarang yang cartoon pun Maysaa dah kenal je. And cari yang boleh lift the flap atau tarik tarik.

 Buku buku masa second round pergi. Susah nak cari buku yang famous famous banyak dah takpe. Personal Shopper borong banyak sangat and BBW tak ada polisi nak limitkan pembelian. Sorang nak beli 837298 buku yang sama pun tak apa. So macam sedih sikit sebab buku yang best semua dah tak ada. Tapi takpe, yang ni pun dah best jugak.

Mostly I focus on animals, shapes, numbers and colours. 





Ni buku beli masa BBWKL2017 last year. Masa tu tak banyak sangat buku yang best best so ambil je mana yang berkenan and warna pink. Sampai sekarang Maysaa still baca.

Hopefully next year ada banyak lagi buku yang best best supaya boleh beli banyak lagi. Kalau tak jumpa buku yang korang nak, maybe boleh try cari dekat Book Xcess pun boleh juga.

Tips Big Bad Wolf


1. Cara masa yang tak peak hours. Time peak hours kalau nak pergi juga, I naik Grab sebab malas nak sesak cari parking etc.

2. Bawa bag sendiri. Selain menjaga alam sekitar, kita boleh jimatkan duit.

3. Pakai pakaian yang selesa.

4. Baby-wearing is better daripada bawa stroller. Unless baby suka stroller lah. Kat situ pun ada troli and baby boleh duduk dalam troli.



That's all. Thanks for reading.

No comments