Hello, welcome to www.imanabdulrahim.com. You can search about any topic here :)

How we found out we're pregnant!

Since kitorang kahwin masa tengah belajar, and dua dua belum ready nak ada orang ketiga dalam perhubungan (tak puas bercinta kononnya), so having a baby is a no-no to us, yet. At least habiskan belajar dulu, baru fikir.

Bila tengok orang yang lagi lambat kahwin pun dah pregnant, rasa macam hmm nak try. Tapi takut try kang, lekat pulak. Belajar pun tak habis lagi. So relax dulu. Orang tanya bila nak pregnant pun, kitorang relax je. (Sebab memang tengah planning, so kalau pregnant tu maksudnya accident lah tu hahaha)(Nasib baik tak accident)

Walaupun orang kata, first baby jangan plan. Nanti kang bila nak, tak dapat. Tapi takpe. Belum cuba belum tahu, cewah. Padahal sesenyap dah google, cemane kalau nanti nak baby tapi tak dapat, siap google cost IVF lagi, drama betul. Kemain risau. (Nak baby tapi tak ready, tapi nak, tapi takut. #DilemmaWanita)

Marwan pun malas layan drama wanita. Dia kata relax lah, nanti kalau kita try pastu lekat, alhamdulillah. Kalau takde pun, "I can still live with you and only you, baby." (Takdelah dia cakap gitu sangat pun)

Setiap bulan mesti drama, kita nak try ke tak? Marwan macam, "Tak payah lah, kesian nanti awak nak study lagi, nak pregnant lagi, nanti penat, tak larat, mabuk". Sampai lah bulan terakhir study baru dia setuju, sebab dah nak habis belajar kan. Yay!

****

Seminggu sebelum period due, asyik penat, tak larat. Time tu Ramadhan. Tapi fikir, puasa kot. Tapi takkan la penat sangat, time masak pun boleh nak pitam. Masa hari presentation FYP dah rasa lain macam, rasa penat, tak larat berdiri, rasa nak duduk je. Marwan dah happy, "Sayang pregnant ni. I can feel it. Instinct daddy tu dah ada" Perasan la hang sensorang. Lepas presentation FYP tu, tiga hari lepas tu dah masuk kerja. (Gelojoh betul habis FYP je terus nak kerja) So tak fikir sangat, nervous nak start kerja.

Nak beli pregnancy test pun takut result negative, tapi dah rasa lain macam, ke sebab puasa. So sabar dulu, kerja dulu seminggu. Hari Jumaat habis kerja, lepas terawih, terus eksaited dua orang pi beli pregnancy test. Tunduk tunduk dalam Guardian nak pilih beli yang mana. Tapi kena bersabar, test pagi esok masa sahur.

Pagi pagi bangun sahur kemain awal sebab tak sabar, terus check UPT. Result:


Obviously pregnant. Line kemain terang. Okay.

I. AM. POSITIVELY. PREGNANT.

LIKE. SERIOUSLY.

OKAY.

So kejut Marwan, tunjuk UPT tu. Marwan bangun tidur masih mengantuk, respond dia, "Ala dah tahu dah. Kan kite cakap yang awak memang pregnant dari haritu lagi". Cis, tak eksaited langsung. Tapi ni bukti depan mata ni!

Lepastu terus pi dapur, Ummi tengah nak prepare sahur. Tunjuk dekat Ummi UPT.

"Eh pregnant? Ni expected pregnancy or accident?" (Sebab of course Ummi tahu la kitorang planning taknak baby lagi)

"Dah expect dah pregnant, pasal haritu gatai saja nak try"

Dan kitorang pun sambung sahur. Time ni baru 5 weeks pregnant, based on the last first day period.

*****

Sebab busy dengan kehidupan, nak adjust from study life to working life, lambat sikit pi confirm dengan doctor. Lepas seminggu lebih baru jumpa doctor, nak confirm betul betul pregnant dengan selamat ke tak.

Tapi sebab baru sangat, nak scan pakai ultrasound biasa, ada possibility tak nampak kantung baby. So doctor suggest scan dari bawah. Okayyy......

Rupanya scan dari bawah tu maksudnya dia masukkan benda scan tu ke dalam supaya nampak baby. Telan air liur gak la time scan tu.



Masa ni baru 6 weeks ++. Kecik lagi tapi nampak lah heart beat berdenyut macam kelip kelip pun ada jugak. Expected due date: 17 February 2017. Yay! Time ni I still can't believe that I'm pregnant. 

Masa ni, morning sickness apa semua takde lagi, macam normal je cuma cepat penat. Tu pelik dalam drama kenapa dia muntah muntah dulu, check dekat klinik baru tahu pregnant. Ingatkan nak jugak feeling drama macam tu. Ni tak drama pun!!! Hahaha

So thats the story on how we found out that we're pregnant.



XX