Hello, welcome to www.imanabdulrahim.com. You can search about any topic here :)

Showing posts with label PREGNANCY. Show all posts

My hospital bag (for newborn)

As a first time mum, I was so excited to pack for the arrival of my newborn baby.

What I packed

Supplements & pemakanan semasa mengandung

Sebab dekat instagram, ramai sangat orang tanya I makan apa masa pregnant, I amalkan apa masa pregnant sebab Maysaa camtu ha keluar, entah la takde yang specific pun, semua bebiasa je sebab I kan pemalassss hahaha

All my supplements. Eh tapi takdelah makan semua sekali gus ok.


Surah surah amalan semasa mengandung


Nak share surah surah amalan semasa mengandung tapi yang ni semua orang boleh google kan. So nak share macam mana I tanda Quran I sebab I ni malas nak belek belek hp, nak scroll lagi. Malas. Baik pegang Quran yang betul, senang nak selak selak.

Newborn necessities on Motherhood.com

I love shopping. And online shopping? The best. I can browse stuffs and add them to cart without being interrupted. Or I can survey stuffs that I want need to buy :p

Bila first time pregnant, the first thing that popped into my mind, "Apa website best untuk shopping barang baby?!" Cause I have no idea at all. Zero. Never surveyed any baby-related things online. (Sekarang dah pandai sikit dah lah hahaha)

One of the best website to survey, cuci mata, and meroyan rasa nak beli je is: MOTHERHOOD.COM.MY



Checklist: Newborn grooming / toiletries stuff

As a first time mom, rasa macam semua benda kena beli. (Tapi nasib baik tak beli). So lepas dah bersalin baru tahu apa yang betul betul keperluan untuk baby baru lahir.




List ni based on my own experiences, nak tambah ke, taknak guna ke, depends.

Bila boleh tahu jantina baby?

Masa mengandung ni, salah satu benda yang paling seronok dan tak sabar, mestilah nak tahu baby girl ke boy sebab nak start shopping!



Jadi, bila boleh scan untuk tahu baby girl ke boy?

Pantang 44 hari, 60 hari, 100 hari

Semua senarai pantang ikut hari ni ambil dari google, ada yang Ummi and Ummi mertua punya tips so I compilekan. Untuk rujukan je okay, nak ikut atau tak, terpulang. #YourBodyYourChoice

44 hari

1. Makanan berangin/kembung

2. Makanan sejuk takut sakit urat

3. Makanan bergoreng, santan, pedas -- Tapi kari & masak lemak sedap ok, mana boleh pantang santan!

4. Telur & seafood

Makanan ni memang banyak pantang larang dia. Nak senang ingat, I hafal yang boleh dimakan je.

So dalam pantang, makan ikan/ayam/daging (tapi ikan tak hafal so setiap kali sebelum makan, kena tanya dulu ikan tu boleh makan ke tak). Sayur yang boleh makan cuma carrot, brokoli, mushroom, potato SAHAJA. Yang lain sebab malas nak hafal, anggap je lah tak boleh. Buah yang boleh makan cuma oranges, grapes, apples. Buah buahan lain terutamanya buah buahan tempatan I assume semua tak boleh. Senang hidup.

Makanan yang I tak pantang: Dominos Pizza (tapi buang nenas), McD, Burger King, chocolates. Yang ni semua dua minggu lepas bersalin dah makan dah hehehehe

5. Tak boleh keluar rumah, tak boleh jejak tanah -- Keluar pergi checkup baby 30 hari (sebulan) & checkup mummy 6 minggu (42 hari).

6. Tungku, bengkung, berurut, mandi herba, pilis -- Ni buat on off, boleh tengok entri ni, My pantang melayu routine

7. Air sejuk, air gas, air kordial -- Cuma minum air suam, horlicks panas dengan milo panas je.

8. Ais -- Ni orang kata pantang sampai setahun. 

8. Tak boleh pakai seluar -- Yang ni taktahu lah kenapa kena pantang. Lagi selesa pakai seluar sebenarnya sebab tak reti ikat kain batik hahaha

9. Tak tidur waktu matahari naik & senja

10. Tidur kena berbantal

11. Pakai stokin -- Yang ni memang pakai sebab taktahu la kenapa takut sangat masuk angin.

12. Menjahit & membaca, sebab takut rabun sebelum tua -- Zaman sekarang mana boleh, lepas beranak dah terus baca phone, nak buat macam mana

60 hari

1. Bengkung. Sebab nak perut slim kan. 

2. Buat kerja berat 

3. Makanan berangin & sejuk

4. Makanan yang masak dua kali, contohnya keropok lekor (sebab dia rebus dulu, lepastu goreng), karipap, nasi goreng. -- Tapi yang ni I tak ikut sangat sebab rasa macam ok je padahal orang kata makanan masak dua kali ni berangin

5. Air sejuk, ice cream. -- Ni pun tak boleh tahan jugak, nafsu!

100 hari

1. Pantang suami 

2. Mandi air sejuk -- Seminggu je mandi air suam lepastu pakai air sejuk sebab tak sengaja...

3. Angkat benda berat kecuali baby -- Habis je pantang 44 hari, dah start angkut kain baju dari tingkat atas bawak turun bawah nak basuh, boleh tahan berat jugak tu.

4. Air-cond -- Aircond ni tak pantang langsung, balik hospital je terus pasang aircond sebab Malaysia ni panas, nak buat macam mana :(

Setahun

1. Minum ais

2. Laksa (kuah laksa yang pakai bunga kantan & daun kesum & ikan boleh buat angin, and masak dua kali so memang berangin, timun kacang panjang nenas pun tak elok jugak)

3. Pulut (sebab berangin)




Sebenarnya pantang ni ikut diri sendiri lagi lagi pantang makanan. Kalau orang kata okay je minum air ais dua minggu pastu korang nak minum jugak, suka hati la kan. Yang sakit pun diri sendiri, nanti tanggung lah sendiri. As for me, haritu hari ke 40 minum air kordial jambu, lepastu terus sakit perut kembong yang amat. Menyesal. Hari ke 45 pulak try minum yakult sebotol. Pun sakit perut kembong sampai berguling. So kena try lah apa yang boleh, apa yang tak. Kalau sakit tu, nasib lah ye.

Selamat berpantang new mommies! :)

My pantang essentials

Personal hygiene:


1. Pad - Libresse Overnight -- Yang ni pakai untuk the first two weeks. Lepastu dah tak heavy flow, pakai pad biasa macam masa period je. Padahal dah beli tau yang maternity pad biasa tu tapi malas pakai sebab rasa tak selamat, ada loop loop amenda entah tak faham I, last last pakai yang biasa je

2. Disposable panties -- Masa tengah heavy flow, and still sakit, tak kuasa nak basuh basuh panties, sayang pulak tu kalau bocor. Pakai  disposable punya je, boleh terus buang. Beli dekat guardian/watsons.

3. Toilet paper & hair dryer -- Kena bagi kering okay kawasan tu. Make sure kering!

4. Antiseptic wash -- Yang ni hospital provide untuk basuh tempat luka jahitan tu everytime lepas pergi toilet

Breastfeeding essentials:



1. Nipple cream -- I bought Lansinoh sebab kakak ipar yang suggestkan tapi susah nak dapat dekat Malaysia so order online je. Yang ni penting masa awal awal nipple crack, berdarah, so this cream really helps. Tapi kalau nak simple, sapu je susu dekat nipple after every feeding kalau risau pecah / berdarah.

2. Breast pad -- Wajib sebab taknak susu meleleh kena bra/baju terus nampak selekeh.

3. Nursing bra -- Senang nak breastfeed baby. Dulu fikir macam ala pakai bra biasa tak boleh ke? Boleh je, tapi susah. Try lah. Seminggu I struggle pastu giveup, I need a nursing bra haha tu lah sombong lagi. Senang kerja pakai nursing bra!

4. Nursing pillow -- I pakai Dream Genii Pillow tu je yang beli masa pregnant, review here: Review: Dreamgenii Pregnancy Pillow

Kalau perlu, breastpump, bottles, breastmilk storage etc but I direct breastfeed so tak beli segala mak nenek ni lagi

Barang pantang melayu:

1. Socks
2. Bengkung
3. Kain batik
4. Batu tungku
5. Set pantang

Yang ni boleh tengok entri ni: My pantang melayu routine

Others:


1. Snacks -- I love Belvita. Dah berkotak kotak beli and makan sebab breastfeeding cepat lapar.

2. Botol air -- WAJIB WAJIB WAJIB. Time breastfeeding jadi haus sangat

3. Hand cream -- I don't know why tangan jadi makin kering

4. Lipbalm -- Bibir pun makin kering so perlu pakai lipbalm

5. Duphalac -- Ubat sembelit. Everyday makan 15ml supaya takde drama pergi toilet. Totally life saver!

6. Pil calcium -- Sebab malas minum susu

7. Sanitizer -- Tangan kena bersih pegang baby tapi ni sanitizer saja nak wangi je :p

8. Face mist -- Ni guna masa malam malam nak breastfeed baby or salin nappy dia ha kalau mengantuk, spray je benda ni or during the day, nak freshen up

9. Dry shampoo -- Masa pantang bukan setiap hari basahkan rambut, jadi dry shampoo ni untuk freshen up!

Meja tepi katil tempat I campak segala keperluan


Ni semua keperluan diri sendiri ya kalau bakal mak mak baca. Mana lah tahu boleh buat jadi rujukan kalau nak cari senarai keperluan berpantang untuk diri sendiri nanti :)

My pantang melayu routine

My first time pantang ni dekat banyak tempat sebenarnya. First dekat Esther Postpartum Care, I've blogged about it here:

1. ESTHER POSTPARTUM CARE REVIEW: MY FIRST IMPRESSION
2. MY PANTANG DAILY LIFE IN ESTHER POSTPARTUM CARE CENTER
3. WHY I LOVE ESTHER POSTPARTUM CARE


The following week dekat rumah parents, then rumah mertua. (Barulah fair dua dua belah dapat main dengan cucu)

Hospital


Sepatutnya pantang ni kena start dari dekat hospital je. Antara benda yang kena buat masa dekat hospital lagi:
1. Pakai stokin -- checked. Keluar labour room terus pakai stokin!
2. Kurma -- Untuk energy. Checked.
3. Tuam badan -- Taktahu nak tuam pakai apa so tak tuam.
4. Bengkung -- Tak bawak bengkung and tak reti nak ikat lagi. Next baby kena terus bawak bengkung modern pergi hospital and terus pakai lepas bersalin! #NoteToSelf
5. Ikat rambut ketat & tinggi -- Boleh laaa
6. Pakai minyak panas -- Lupa bawak minyak so tak pakai
7. Minum air panas
8. Pakai baju lengan panjang
9. Rehat & tidur yang cukup -- Tak sempat tidur sangat sebab seronok tengok baby tidur hahaha

Rumah parents


Dekat rumah, pagi pagi Ummi buatkan mandian herba. Daun herba tu beli je dekat kedai, lepastu letak dalam periuk, rebus. Then, tuang dalam baldi, tambah air paip. Bagi suam suam je. Mandian herba dari kaki sampai leher.

Lepas dah mandi, Ummi panaskan tungku and tuam tuam la area perut, kaki, mana mana yang rasa nak panas panas. Batu tungku ni guna batu sungai. Panaskan atas dapur dalam 10 minit lepastu balut pakai kain batik.

Habis tungku, pakai minyak panas pulak satu badan tapi fokus dekat area perut and pinggang. Ummi ikatkan bengkung ketat ketat nak bagi tak buncit.

Ummi strict part pantang makan, banyak benda tak boleh makan. Setiap kali makan kena tanya, "Ni boleh makan ke tak eh?", kadang kadang tu kena bebel tapi biasalah tu, riuh riuh baru ceria hidup hahaha

Tapi takde lah pantang teruk teruk. Dominos, McD, Burger King semua makan je takde hal. Cuma pantang seafood, telur, makanan sejuk haaa benda benda basic camtu

Rumah mertua

Mak mertua ada panggilkan orang datang urut, siap sauna & tungkukan lagi.

Normally urutan treatment:
1. Sauna -- Untuk buang semua angin & toksin. Sauna ni best sebab panas panas. Duduk dalam tu 20-30 minit je tapi ada sampai terlelap sebab punya lah sedap.
2. Urut & sengkak -- Untuk melancarkan pengaliran darah
3. Tungku -- Untuk buang angin & kecutkan urat kembang
4. Mandi herba
5. Sapu param & pilis -- Param tu minyak pemanas badan, singkirkan lemak, kecutkan perut & rahim. Sapu satu badan untuk elakkan angin. Pilis tu yang sapu dekat dahi tu. Untuk elak sakit kepala and rabun.
6. Pakai bengkung & stokin -- Bengkung ni nak rasa ketat sikit perut, confident nak jalan, rasa semua benda rapat, takdelah tiba tiba terduduk bersila. And untuk betulkan kedudukan peranakan. Stokin & bengkung ni buka masa nak pergi toilet SAHAJA.
7. Ikat rambut ketat & tinggi -- Ketat ketat sebab nak face-lifting, kasi muka tegang. Elak angin masuk & migraine. Ikat tinggi supaya senang nak baring. (Orang kata)

My normal everyday pantang days

1. Mandi herba -- Tapi dah malas nak rebus rebus herba ni, mandi pakai air panas biasa je.
2. Tungku -- Panaskan atas dapur. Pernah jugak lupa nak angkat, bila angkat and letak dekat kain, terbakar kain. Berasap satu rumah hahaha
3. Sapu param & bengkung & stokin -- Pakai Nona Roguy je. Bengkung tak pakai everyday, bila rajin je pakai, and malam memang bukak sebab tak selesa. (Sebab tu perut tak flat lagi hahaha). Tapi stokin wajib pakai.
4. Makan ubat. Ubat elak sembelit je sebab takut nanti drama dalam toilet.

Segala pilis semua tu tak suka, tak selesa sebab nanti kering habis baju, kena katil, bersepah atas lantai. Dia kan macam serbuk serbuk gitu.

Kain batik pun tak reti pakai, pakai bila rasa nak pakai tapi lepas dua minggu, pakai seluar je. Lagi selesa!


Basic bengkung, minyak Nona Roguy and batu tungku.


Rasa macam takdelah pantang beriya and betul sangat pun. Barang pantang pun beli yang basic je. Okay lah next anak kita pantang betul betul ya. Haha

Sekian, bye!



My 3rd trimester essentials



1. Dreamgenii pregnancy pillow

I've blogged about it here (Dreamgenii Pregnancy Pillow)

Basically, yang ni memang paling penting lah!

2. Skechers Go Walk 2

My criteria for the new shoes: Easy to put on (malas nak tunduk tunduk, nak sarung je please), supportive and tak sakit kaki (cushion lebih sikit), AND COMFORTABLE.

But you know what, the struggle nak cari kasut yang selesa, affordable and design cantik ni susah sangat. Biasanya kalau kasut selesa, design mesti OUT.

So during my third trimester, masuk Crocs, design tak minat. Lepastu try masuk Skechers.


Of course my options are only pink. Tapi design tak kena dengan jiwa.


Yang ni macam okay.


Finally, I bought Skechers Go Walk 2. As long as it's pink :p


The descriptions.

Personally for me, I LOVE THIS SHOES during my pregnancy. Comfortable, tak sakit kaki langsung bila jalan lama lama, tak melecet. I can walk for hours, even jalan jauh jauh, naik LRT, pusing shopping mall, pergi client site, NO PROBLEM. Selesa gilaaaa!

Even pergi kerja pun I pakai je kasut ni because hello, I nak selesa. #PregnancyProblems



Me featuring my kasut :p


I bought it at Skechers The Mines, RM179 tapi ada diskaun so dapat RM120++ je. Totally worth it!

3. Kipas

Taktahu lah kenapa, sebab hormon ke apa tapi bila dekat office selalu rasa panas even air cond dah full blast and semua colleague kata dah sejuk siap tangan pun dah macam beku. But I still feel panas gilaaa so I decided to buy this kipas.



RM6 je dekat Uptown Danau Kota. Settle masalah. Cucuk je dekat laptop lepastu tadah je muka depan kipas tu.

4. Mothercare Stretch Mark Cream


I've been using this since my first trimester tapi third trimester paling penting! Memang sapu this cream twice/day tak pernah miss. Sometimes bawak pergi office and apply in the middle of the day sebab nak prevent gatal. I totally love this sebab bau dia best and tak melekit.

Bought it from Mothercare, RM39. Satu botol boleh tahan dalam 3-4 bulan macam tu depends cara guna.

That's all my essential stuffs!

Disclaimer: Semua beli sendiri pakai duit sendiri, bukan review berbayar!

Baby shower #bebigels2010

During my 35th week, my girlfriends acah acah celebrate baby shower plus sebab dah lama tak jumpa so we decided to jumpa gossip gossip at IOI City Mall Putrajaya.


My 35 weeks tummy. 

Makan makan dekat Perfume Dance Cafe. Nama macam kedai perfume gitu, rupanya cantik ok cafe dia! Dia dekat level atas sekali, menghadap fountain. Tak pernah perasan pun cafe ni sebelum ni padahal pergi IOI tu amlost every week kot!

I ordered Spagheti Carbonara & Strawberry Iced Tea. It was nice. 4/5 stars!




OMG this! We totally loved these two. Lupa dah nama apa tapi sedap gilaaaa 100/100 stars ha gituu. Please order ni ya Allah sedapppp

Overall I'd totally recommend this cafe kalau nak lepak lepak makan desserts sebab, nak dating ke, nak celebrate events ke sebab cafe dia pun cantik gilaaaa ok!


Cupcakes from ig @leguiltypleasure

Phone kena letak tepi sementara sesi gossip

Them girls, since 2010 zaman twitter & blog dulu meriah! Setiap hari tweet sampai kena twitlimit. Zaman 2010 dedulu lah semua single muda remaja zaman chic pop market hahaha. Sekarang semua dah tua :p



Awat entah macam ni??

Ni Melle director buat pose camni

Lepastu main kat luar pulak tengok tasik

Dah tua ni handbag warna camni je

Thankyou girls, I love you gais <3

3D scan Klinik Danau Kota



Sebab scan 3D haritu tak nampak sangat muka baby (blogged about it here), I decided to do another 3D scan, this time dekat Klinik Danau Kota. Tak susah pun cari, waze je. Dia sebenarnya dekat Jalan Gombak, tepi jalan je and senang parking.

Masa ni sebenarnya dah 32 weeks, dalam perut pun dah sempit tapi doa je lah semoga nampak. Semangat makan kenyang kenyang and doa baby tak tidur sebab biasanya dia aktif kalau lepas makan kenyang.

Klinik ni best sebab doctor bagi explanation yang jelas pasal baby. Doctor cerita semua features baby, berapa besar kepala, kaki, tangan, compare kan dengan bacaan yang normal so rasa lega lah sikit. Doctor cerita tanda tanda kalau ada possibilities kena c-sect, and bacaan air ketuban berapa.

Basically happy sebab boleh dengar penjelasan doctor dengan detail. Doctor pun baik, lembut je and cantik hehe. 



And alhamdulillah, baby bagi kerjasama. Dapat tengok muka baby walaupun dia macam marah je hahaha


Hey there baby :)


Harga promosi semua tu boleh tengok dekat facebook or instagram, or senang terus call je! 2D scan and detailed scan pun ada jugak.

Boleh follow & visit instagram @klinik.danaukota here or their facebook Klinik Danau Kota Jalan Gombak here :)


Review: DreamGenii Pregnancy Pillow


Why I bought this:
I've been searching for the perfect maternity pillow that can support my tummy while sleeping during my pregnancy, since it's best to sleep on your side during pregnant. I've been browsing Lazada but I don't like the majority of the designs. It's too big, it will take up half the bed!


See, the size is just nice!


Why I love this:
I bought this during my second trimester. At first I just wanted to sleep with it, but after trying to travel with this pillow, I'll never ever gonna travel without this thaangg!



I commute everyday to work and normally it's an one hour journey (plus minus). Less back pain, and more comfortable sleeping (read: snuggling) with this pillow. The most comfortable thing ever! Kalau macam ni, travel from Johor to Kelantan pun I sanggup with this pillow :p

However for sleeping, it's a bit uncomfortable (for me). The only thing I like about this pillow that it's not that bulky, tak rasa macam ada orang ketiga dalam katil tu jugak. It's like a love hate relationship. Sometimes I'll use it properly, sometimes just to 'sendal' my back, sometimes I'll throw it on the floor.

Buuuuut, when the baby arrives, this thing is very useful! I use it to breastfeed my baby and again, it's veryyy comfortable! I have no regrets on buying this pillow cause I use it everyday and it ease my pregnancy & breastfeeding day A LOT.

Sometimes, my baby also sleeps with this pillow and she seems to be more comfortable in this pillow.



The cover is also removable and washable so I can wash it easily if it's get dirty.

I'd really recommend this pillow for pregnant ladies who travel everyday and want some extra comfort. In terms of sleeping, ada ke tak, I tidur lena je so I don't really know whether it really helps to make you sleep better or not. For travelling, YES PLEASE. Bila balik kerja penat penat masuk kereta, terus rasa indahnya dunia ini bila peluk bantal.

What I don't love this:
It's white. It's actually not an issue because I love white, but the hassle of cleaning it and the price for it's extra cover is RM70! Other cover designs are not available in Malaysia. (Or I yang tak jumpa cari?)

And, the price itself is already priceyyy (I bought this for almost RM300).

Where to buy:
I bought this from Mothercare Pavillion. I think all Mothercare's outlet have this.



*Disclaimer: This is not a sponsored post. I bought this using my own money.



MGTT (Ujian Air Gula)

During my 29th week of pregnancy checkup, my doctor suruh buat MGTT untuk make sure ibu mengandung takde GDM (Gestational Diabetes Mellitus), which is kencing manis semasa mengandung. The reason, sebab berat badan naik banyak hahaha kfine

So I booked my session dekat klinik dekat dengan rumah je sebab senang and weekend. Kena puasa start pukul 10 malam and esoknya pukul 8 pagi pergi klinik, doctor ambil darah dekat lengan *nangis*

Lepastu nurse bagi minum air gula, which I read sangat tak sedap, nak termuntah lah etc etc, tapi bila minum, okay je? Taklah manis sangat nak muntah.

Kena minum satu gelas air gula yang pekat.

Then, kena tunggu dua jam. Sementara dua jam tu, Marwan beli breakfast kuih keria omg dah lah teringin pastu dia saja je makan sensorang kfine takpe


Balik rumah kejap, dah lah perut kosong, lepastu mula lah pening nak muntah. Poyo sangat tadi minum air gula konon macam takde apa apa kan.

Lepas dua jam, pergi klinik balik untuk ambil darah kali kedua. Tangan belah kiri pulak. *nangis second time*

Kena tunggu dua hari untuk dapat result.

Result:
Bacaan normal sebelum minum air gula: < 5.8 mmol/L
My result: 3.7 mmol/L

Bacaan normal lepas dua jam: <6.8 mmol/L
My result: 3.8 mmol/L

*bacaan normal ni based on apa yang my doctor nak

Conclusion: Lulus dengan jayanya so tak payah diet and jaga makan! Yay!

Cost: RM50


3D/4D/5D HD baby scan

As an excited mum (obviously), I was so excited to have 3D scan sebab nak tengok muka baby. So masa 28 weeks, I booked my session at Klinik Dr Nurul, located at Cheras. The facebook page, here.

First time datang, klinik selesa plus wangi! And tak ramai orang sebab kena book dulu before datang.

While waiting for my turn.

3D scan: Gambar baby in 3D
4D scan: Video
5D/HD scan: Gambar & video baby in HD (omg!)

Price: RM89 including CD. Printing tak provided, kalau nak, pandai pandai print sendiri ok. Tapi ni harga promotion. Normal price RM199. Kena selalu check Facebook diorang and terus book bila ada offer.

Unfortunately masa ni, the baby tidur meniarap and taknak bangun. Even the sonographer dah puas kejut, gegarkan perut kemain, dia still tidur taknak bangun. Just like her dad. Fine baby fine. So, sebab tak dapat nak tengok baby, it's free of charge.




The next time datang (gigih taknak giveup tau tengok baby), during the 31st week. Nurse pesan suruh makan ice cream dulu so that baby tak tidur.

This time sonographer lain pulak. Baik je. Bilik scan pun best. Ada TV besar untuk tengok scan baby tu and sofa for the dad untuk duduk lepak macam lepak tengok TV pulak.

But this time, baby dah besar, muka dia dekat sangat dengan uri. Position dah cantik dah menghadap ke atas. Kemain cium cium uri taknak lepas. Susah nak nampak muka, and tangan dia pun tutup muka.

This is the best 3D image. Hi baby <3

Nampak hidung dengan mulut je. Since kali ni pun fail jugak, tak nampak full muka baby, so free of charge jugak.

It's okay baby, asalkan sihat. We'll see lepasni nak repeat lagi scan ke tak (still gigih!)

P/s: 2D detailed scan pun ada, more to tengok organ dalaman baby such as jantung, paru paru, usus, tulang, kaki, tangan, jari cukup ke tak, almost everything. Tapi boleh buat masa baby around 18-24 weeks. Masa tahu wujudnya detailed scan ni, baby dah besar so tak sempat nak buat. Noob betul baru tahu....

18 weeks maternity checkup!

17 weeks (14 September 2016)

Masa ni baru habis raya Aidil Adha, and then maybe sebab banyak sangat travelling ke apa, terus demam and tak sedap badan, muntah apa semua padahal sepatutnya sebelum tu dah okay, takde muntah apa. Then saja lah pergi checkup and scan sebab nak tahu baby okay ke tak, risau pulak tak okay.

Nampaknya baby sihat je. Siap tak malu tunjuk gender yang obviously girl. Tak sangka 17 weeks dah boleh tahu girl ke boy. Terus happy!




Time ni doctor bagi ubat batuk and selesema yang pregnant-friendly. And obimin for prenatal vitamin. Time ni checkup dekat klinik biasa dekat dengan rumah je.

Total cost scan & ubat: RM120.


18 weeks (21 September 2016)

The actual appointment dengan gynae at Ampang Puteri yang dah book almost two months before. The best part of Ampang Puteri, you can book your appointment online je!


Just fill in the form and they'll email you.

The reasons why we choose Ampang Puteri is because dua orang adik memang lahir dekat situ, and memang dari kecik familiar dengan hospital tu, and dekat dengan rumah parents. Takde option lain dah rasanya haha

The appointment is for morning session 9.30-12.30. Dia first come first serve so on that day, kitorang sampai around 10am, dapat nombor 6. So sementara tunggu tu, pergi makan kejap, tunggu kejap, around 11.30am baru boleh jumpa doctor.


Alhamdulillah, the baby is all healthy and active. Everything is fine. Doctor pun confirmkan yang it's a girl! And dengar her heartbeat <3

Next, kena buat test darah. It's a normal procedure. Kalau ada apa apa masalah, baru diorang call. 

Then baru ambil ubat yang dah prescribed by the doctor.

Caltrate is for calcium supplement sebab malas minum susu, NeuroGain to develop the baby's brain etc.


Consultation fee: RM250
Scan: RM120++
Blood test: RM150
Medicines: RM100++

Total: Around RM600++


Lepas confirm gender, barulah semangat shopping barang baby! :P

My first trimester essentials



1. Minyak cap kapak - This is my life saver. Everyday memang sapu dekat kepala and dahi because I can't stand the smell of everything. The smell of the office, the toilet (padahal perfume toilet), and all the foods.

2. Vicks - helps with my nausea. I normally rub it under my nose to prevent other weird smells. Bau vicks sepanjang hari pun takpe.

3. Plastic bag and tissues- to vomit every time after I had my meal, I'm used to the routine and just prepare plastic to puke after each meal. And always ada plastik dalam kereta. Lots of them.

4. Asam - to prevent the nausea. Always ada dalam bag. Segala jenis asam beli.

5. Baby Bump Apps. I totally love this apps because I can know how many weeks I am, the size of the baby and daily tips!



6. Body lotion - At first I bought Palmer's but I hated the smell! So I tried to avoid that by using my aloe vera gel (review here) which soothes my tummy and hopefully, can prevent stretch marks.

7. Water. For hydration since muntah banyak and tak larat makan.

8. Journals and baby books - Bought at BookXcess, Fahrenheit 88. The price is so cheaaaaap! I bought these during my 7 weeks.


9. Folic Acid - I started taking folic acids since 6 weeks, although takde lah makan setiap hari. I normally take my vitamins before I sleep to prevent nausea. Lepas makan terus tidur.

10. Lipbalm - Burt's Bees Lip Balm. My fav.



The products that I used worked for me but it may not work for you since every pregnancy is different, but hope it helps! Thanks for reading!