October 2017 | Life recap :P

Sebab dah boring asyik skincare and beauty related stuff, let's do a life update shall we? I'll start dengan bulan October 2017. And hopefully akan ada November 2017, December 2017 and so on.... Tengok lah kalau rajin hehe

Mummy and Imaan Maysaa





First of all, it's October so it's Marwan's birthday! Nothing fancy, just makan cake lepastu hmmm macam biasa la of course ada hadiah... 

Ta daaa. Ni lah hadiahnya hahaha. Totally loving this new camera. Gambar dekat parking pun ok. Great investment he he he








Family life
Kitorang laki bini setiap minggu memang suka jalan jalan, window shopping. Tak kisah lah mana mana mall. Our fav mall yang paling dekat dengan rumah, of course IOI City Mall. Some random pictures:


Maysaa of course lah Maksu Wafaa yang suka dukung.




H&M dekat IOI City Mall best sebab ada H&M Home so banyak benda benda best, contohnya bathrobe comel ni.




Selain daripada IOI City Mall, my fav place is MyTOWN Cheras sebab ada IKEA Cheras.




First time naik MRT satu family (kitorang bertiga la tuuu). Time ni beli PAHL shelf to put all of my skincare.



I ada blog dah kat sini: MY CURRENT VANITY TABLE


Hantar adik ipar belajar


Hantar adik ipar (adik suami I) pergi belajar dekat Mesir (I rasa la Mesir, henharap betul hahaha) so satu family hantar dekat airport, semua orang ambil cuti ha gigih tau!


Maysaa & Nyang.


Satu gambar dekat airport pls :P


Since semua family suami I ada, of course Maysaa boleh main dengan cousins, Nuhaa and Sofeea!


Semua girls, semua mainan kena pink ok babies. Ni je cousins yang Maysaa ada sekarang. Belah Daddy Maysaa.


Lepastu, keluar jugak jalan jalan dengan Maysaa punya Nenek sebelah Mummy! Nenek, Cikda and Ciksu! Pergi IKEA Cheras (lagi???)

 Yay dapat makan meatballs.


Ice cream cheesecake FamilyMart paling I suka ok. Sebab dia manis manis masin. Yang greentea tu pahit sikit. Tapi dua dua sedap je!


Semua kena pakai baju pink sebab Nina suruh..... So kena la jadi Puteri Islam....


Surirumah's life
Yes, I am a fulltime surirumah. Eh tak pun, I jaga Maysaa je full time. Yang lain, tengok lah :P


Maysaa duduk dalam car seat ok. Time ni nak keluar pergi beli groceries berdua je dengan Mummy.


Sebelum tu, kena lunch dulu. Mee kari dekat Papparich sedap k. This is my fav!


Anak dara I yang sentiasa happy teman Mummy jalan jalan.

Yang ni masa makan KFC for lunch. Helok je duduk diam diam bagi Mummy makan lunch kenyang.

 Macam biasa, shopping untuk makanan Maysaa. Sekarang ni I rajin masak bubur je untuk Maysaa.

 Bubur Maysaa! Tapi bila dah masuk 9 bulan, ada la jugak try something else, lagipun dah tumbuh gigi kan, dah pandai kunyah kunyah sendiri.

Maysaa demam. I dah update about Maysaa demam here: Maysaa Demam



Friends
Of course, my bestfriend Maisarah's wedding!

 Pengantin and the bridesmaids.

 Time ni pengantin dah tukar baju dah.


  It was fun jumpa kawan kawan yang dah lama tak jumpa, of course lah jumpa masa wedding je kan. Selamat pengantin baru Maisarah & suami!

And also, walaupun I tak kerja, I still have my social life, my friends yang sudi datang lepak kat rumah or pergi jalan jalan, makan, lepak and gossip. Thankyou my girls <3







Foods!
Makan pun penting jugak. Ni antara makanan makanan yang best untuk bulan October 2017

Naan cheese garlic RSMY Bangi. I pernah pergi branch KL, Setapak, semua sedap dap dap. My fav naan cheeseeeee <3


Air bandung sedap gila my fav. Setiap minggu I beli.

Dekat kedai Nasi Lemak tepi Jalan 1996 Cheras. Area Balakong sebelah Columbia Hospital. Waze je.


Dia ada nasi lemak lobster jugak. Tapi tu bukan lobster rasanya. Orang kata tu crayfish. I donno. I makan je haha.


My fav Kyochon. I ada blog jugak, here: KOREAN FRIED CHICKEN | KYOCHON VS 4FINGERS VS CHIR CHIR VS KFRY


Matballs IKEA paling fav jugak. Banyak nya makanan fav I hahaha. Dekat IKEA ni kan, kalau korang ada membership, boleh dapat baby food, FOR FREE. Thanks IKEA.




Fuhhhh kenapa I rasa macam panjang gila update. Ok kena fikir balik, boleh ke buat setiap bulan ni. I dah ragu ragu dengan diri sendiri sebab panjang sangat hahaha. Update IG je yang paling senang.


That's all. Thanks for reading!

No comments