Hello, welcome to www.imanabdulrahim.com. You can search about any topic here :)

Korean fried chicken | Kyochon VS 4Fingers VS Chir Chir VS KFry

The korean fried chicken craze! Sebenarnya I pun terpengaruh jugak. Sebab hello, ayam kot! Walaupun sekadar ayam, tapi ayam goreng la yang paling sedap.













Kyochon

I pernah pergi branch dekat Pavilion and MyTOWN. Haritu try Soy Garlic Wingette and Drummet, RM19 for 8pcs. Red Pepper Drumstick, RM12 for 2 pcs.


Ni beli takeaway je. Takeaway kena tunggu 30 minutes ye. Lama.... 



4Fingers Crispy Chicken

Yang ni I pernah pergi branch Mid Valley and NuSentral. Yang NuSentral ni takeaway je. Yang bestnya 4Fingers ni sebab harga dia quite cheaper, boleh campur campur. Harga Ala Carte Kalau Mixed (Soy Garlic + Hot) RM15++ for 12pcs. Cheaper than Kyochon. Tapi dia punya rasa tu, kurang sikit. Perisa dia macam kurang. Maybe sebab nak sihat kot? Kalau makan banyak, baru best! Gambar tak ada sebab takeaway je pastu makan dalam kereta so takde gambar cantik hahaha




Chir Chir Pavilion

Chir Chir ada ada yang small punya, if I'm not mistaken. Semua besar besar punya portion, untuk sharing.


 I ordered Garlicky Wings. RM48.90. Tapi boleh je habis makan sorang sorang kalau lapar haha. It's a bit spicy untuk orang yang tak makan pedas macam I. My husband ordered Spicy Chicken, RM56.90. I imagine dia pedas gilaaaa, tapi bila I try, tak ada la pedas sangat. So I rasa, Chir Chir ni semua benda pedas, tapi pedas biasa biasa je.


KFry IOI City Mall

KFry ni kalau dekat KL, ada dekat IOI City Mall je rasanya. 

I ordered KFry Garlic Soy Wings, RM18.90 for 8pcs. My friend Sarah ordered KFry Spicy Soya Chicks, RM28.90. Tapi tengok lah yang sampai, nampak dry gilaaaa. Not a fan :(

 Saja nak try haritu, with my friends, Sarah, Mayy and Yana.








Tapi yang sedapnya dekat KFry, Watermelon Bingsoo RM20++ rasanya.

Sedap g i l a

Time ni pergi dengan Padgie and Azza, tapi makan bingsoo je.

Next, nak try yang ada dengan cheese tu, taktahu sedap ke tak, hopefully sedap lah.


Conclusion
My fav is Kyochon! Soy Garlic punya. I akan repeat makan Kyochon je walaupun service dia slow sikit sebab biasalah ramai orang. Cuma Kyochon ni kalau makan banyak banyak, rasa pedih mulut. Yang best makan banyak banyak, 4Fingers. Tak rasa pedih sangat mulut even makan banyak banyak.

Chir Chir tu, worth to try tapi I rasa it's a bit expensive for me. KFry ni, ayam dia not my fav. Too dry. Maybe sebab tak try lagi yang cheese tu. Tapi watermelon bingsoo dia je yang sedap.



I've tried Kyochon, 4Fingers, Chir Chir and KFry. Apa lagi yang sedap eh?


That's all. Thanks for reading!

(Disclaimer: Semua makan pakai duit sendiri, semua opinion ni based on my preference)


6 comments

  1. kfry yg cheese tu sedap gila!! worth it la tp taktau la sbb lain org lain tastenya heheh 😆

    ReplyDelete
  2. I first time makan kyochon dkt pavi mmg sedap gila sampai mengidam seminggu lepas tu. One week after that pergi branch sunway pyramid sbb lagi dekat. Dissapointed sangat sebab tak sama langsung rasa dekat pavi! I siap suruh waiter bawak balik masuk dapur sbb soy garlic rasa mcm ayam goreng masak kat rumah je. Bila dapat balik pun still tak sedap! Geram sangat!

    ReplyDelete
  3. kak imannn. try set dish ayam fried kat Eid Cafe, bandar baru bangi. sedappp. tapi taktau setanding dgn kyochon etc ke tak sbb belum pernah rasa semua tu.hehe

    ReplyDelete
  4. Kak Iman pernah try Kyocon dekat One Utama tak? Takut rasa dia tak sama macam dekat Pavi. First time nak tryy ni takut spoil pulak kalau dapat yang tak sedap :(((((((((((((((

    ReplyDelete
  5. Ada tempat boutique style baru, Eung Chicken kat Damansara Uptown. Nice for me. Tak kering sangat, savoury taste.

    ReplyDelete