My first breastfeeding journey | 9 months

I have been fully direct breastfeeding Maysaa for 9 months. Fuh 9 months dah. I never thought I'll gonna make it this far.








Masa pregnant, I memang dah niat nak fully breastfeed. Tapi kalau takde rezeki pun takpe je. Entah, macam tak fikir sangat, kalau ada rezeki, ada. Lagipun masa pregnant tu, tengah full time working. So I banyak baca pasal pumping je. Acah acah nanti nak jadi working mom la kononnya. Breast pump apa yang bagus, cara nak buat stock susu, macam mana nak handle EBM, power pumping. (Sebab ye la, time tu ingatkan lepas bersalin, still nak kerja hahaha).

And nasib baik ada ramai kawan kawan yang baik yang selalu tolong bila I tanya macam macam pasal breast pump, cara nak pump etc. (Tapi lepas bersalin, still dalam labour room lepas settle meneran, lepas tengok Maysaa keluar, terus I tekad tiba tiba nak resign, nak jadi full time housewife jaga anak je hahaha)




I didn't bought much pun. I tak beli any breast pump sebab nak tunggu, tengok dulu macam mana.


I beli nipple cream ni je, sebab risau orang selalu cerita berdarah la apa la, haih seriau. So beli lah Lansinoh ni tapi guna sikit je, kemain besar pulak I beli haha patutnya yang kecik pun ok je. I beli Lansinoh Lanolin ni sebab my sister in law yang recommend, dia kata best. Tapi memang best pun! I pakai as lipbalm jugak sebab I don't know lah, dalam pantang asyik haus je...


My experience, it wasn't that bad.... Okay lah kot. Biasalah first time, tak pandai sangat. Nasib baik nurse ajar, my mum pun ajar, so okay je lah kot. Kalau bengkak, ambil air panas panas suam, tuam tuala basah lepastu urut urut supaya tak bengkak.


I also bought this manual breast milk collector. It's good kalau taknak membazir susu, lekapkan je. Tapi, dia macam pedih sikit, maybe the material. I beli ni RM35 rasanya dekat Pumponthego Wangsa Melawati. Satu lagi brand Haaka pun okay jugak. RM70++. Lembut sikit.

Medela Harmony manual breastpump ni my sister in law bagi. Mula mula bagi pinjam, tapi I dah simpan buat harta pulak hahaha. I guna ni masa perlu je, contohnya masa Maysaa banyak nak main, dia tak susu direct so taknak bagi bengkak, I pump je lah. Tapi tak buat stock pun.




Jadual breastfeeding dalam pantang
Masa dalam pantang, normally I bagi every 1-2 hours. Tapi normally setiap sejam lah bagi. Supaya taknak kuning. Kalau Maysaa tidur pun, I kejut je and bagi. Tapi malam lah seksa sikit, tidur pun duduk sebab kena susukan sambil duduk lepastu terlelap. Sakit badan tu tak payah cakap.

Lepastu ada certain malam, baru tidur tak sampai 5 mins, dah bangun nak susu lagi. Whyyyy?! So I googled, it's called Cluster Feeding. Nak minum banyak banyak dengan kerap. Ok I sabar je lah, layan je lah. Sometimes dia nak comfort je, nak dipeluk, dah 9 bulan duduk dalam perut, mestilah nak kena peluk je.


Breastfeeding bila keluar jalan jalan
My husband and I, kitorang suka keluar jalan jalan. Memang every weekend mesti pergi mall. Nak senang, I guna carrier untuk bawa Maysaa. And siap siap breastfeeding dalam kereta. Lepastu bila pergi jalan, dia akan tidur. Lepas 2-3 jam, kitorang pun dah habis shopping, masuk kereta terus breastfeed.

Tapi ada masa tak sempat, dia menangis, terpaksa la bagi jugak. Pernah je, tak jumpa nursing room, I breastfeed dalam changing room, tepi tangga (yang orang tak lalu), dalam surau. Sometimes certain shopping mall, nursing room tak best langsung. Yang best, mall baru baru.

Bila Maysaa dah besar, dah makan solid food, tak ada masalah sangat. Kalau dia lapar, boleh makan benda lain. Dalam bag dia kena selalu ada makanan, biskut, air.


Milk booster
For milk booster, during pantang, I cuma minum banyak air, makan buah kurma, sometimes minum jugak air rebusan kurma merah tu as milkbooster. Makan nasi banyak banyak. Thats all kot? I makan je semua benda.... Haha

Sekarang pun, I makan ikut keperluan. Rasa lapar, makan je lah. Tak ada ambil apa apa supplement tambahan. And I already got back my weight before kahwin, tips dia kena breast feeding je kot? Tapi entah lah, maybe lain orang, lain lah. I think I have high metabolism rate. Or duduk rumah banyak buat kerja, that's why cepat turun berat.




My fav drink! Yang ni memang always kena ada stock dekat rumah. Minum banyak susu, banyak air kosong. Kalau menu biasa kan rumah, pagi pagi makan cornflakes + susu atau pun roti. Lunch/dinner makan nasi. Ye I melayu, I kena makan nasi!


Anak susuan
Selain Maysaa, I pun susukan cousin Maysaa, Sofeea. Masa dia baru lahir lagi I dah susukan and cukup 5x kenyang. Sekarang pun kalau jumpa and dia nak susu, I bagi je direct. Pandai pandai lah share. Tapi alhamdulillah, susu cukup je bila perlu.

Maysaa & Sofeea. Masa ni Sofeea 1 minggu, Maysaa 11 minggu.




 Imaan Maysaa, genap 9 bulan. Dah ada 4 batang gigi.

Semoga Maysaa membesar dengan baik. Mummy malas nak tulis emo emo kat sini hahaha love you my baby girl <3

2 comments

  1. maysaa nak ke minum BM thru bottle? my baby refuse bottle 😭

    ReplyDelete