Hello, welcome to www.imanabdulrahim.com. You can search about any topic here :)

Perlu ke rest muka sebelum tukar product baru?

Perlu ke rest muka sebelum tukar product baru?



Daripada mana statement ni datang? 
Ada yang kata kalau kita nak tukar product baru, kena rest kan muka tanpa pakai apa apa selama 7 hari. Especially kalau nak tukar daripada product local yg ada mercury atau timbang kilo kepada product yang lebih ‘selamat’. Ada yang sampai 2-3 minggu tak pakai apa apa product, basuh muka dengan air suam je. 


Ada yang kata kala guna cleanser takpe, and kena rajin scrub and pakai mask selama tempoh tu.

Ada juga yg advice basuh guna air kelapa / air beras and pakai olive oil atau coconut oil je bila nak tidur. For your information, ada certain kulit yang tak sesuai pakai olive oil atau coconut oil and it might clog your pores and boleh breakout.

Ada yang kata just basuh kulit dengan lemon. Lemon yang acidic tu letak dekat kulit? Kesian kulit makin rosak sebab kita dah kacau it's natural pH and skin barrier boleh jadi terganggu.

Also read: Benda yang patut dielakkan untuk kulit muka https://www.imanabdulrahim.com/2018/02/benda-yang-patut-dielakkan-untuk-kulit.html

Antara sebab sebab diorang kata kenapa kena ‘rest’ kan kulit: 
1. Nak membersihkan produk lama daripada kulit. - Faktanya, produk tu tak simpan pun dekat kulit kita kan?
 2. Supaya produk lama tak bercampur dengan produk baru. - Tak ada masalah pun pakai produk bercampur campur, asalkan kita tahu apa yang kita letak dekat kulit dan sesuai dengan kulit.
3. Supaya kulit kita tak terkejut. Hmmmm.
4. Nak neutralize kulit sebab kalau produk bercampur chemical nanti tak berkesan dan bahaya utk kulit. 
5. Kalau jadi apa apa pada kulit, kita taktahu produk mana yg menjadi punca. - Sebab tu perlu patch test and jangan introduce skincare banyak banyak sekali gus. Minggu ni try satu (contohnya cleanser), dah settle patch test and semua okay selama 2-3 hari atau seminggu, baru add on sunscreen pulak (contoh).

Sebenarnya, tak perlu pun rest kan muka sampai berminggu minggu untuk kulit keluarkan segala toxin atau detox kononnya. Kalau takut kulit tak sesuai pakai product, check ingredients, atau baca kat sini: https://www.imanabdulrahim.com/2018/12/macam-mana-nak-tahu-ingredients-dalam.html dan buat patch test. Baca kat sini: Cara buat patch test


  Kalau rest kulit, tak cuci muka bersih bersih and properly, tak ada protection daripada matahari, kulit boleh jadi lagi teruk. Maybe boleh naik jerawat sebab tak cuci muka bersih bersih daripada habuk, debu, pencemaran.

Bottom line is, tak perlu rest kan kulit muka. Tapi kalau rasa cara rest kan muka itu lebih baik untuk kulit korang, dipersilakan buat. Tak ada halangan :)

Make sure you know your own skin and listen to your skin.

Semoga membantu!

No comments