Phuket Getaway 2018



Sharing our Phuket Getaway!



Harga tiket: RM800+ return untuk tiga orang, sebab beli last minute. Three weeks before kot baru beli tiket sebab tiba tiba je rasa nak pergi Phuket :P

100baht = RM12.29. 

Dulu RM11.40. Inilah gunanya blog, boleh check balik semua details lama lama haha.

Weather: Pergi hujung July and almost everyday hujan. Tapi tak lebat sangat and hujan masa nap time Maysaa tak rugi sangat haha


Our stay

Kitorang stay dekat area Patong Beach, Surf Hotel. Kenapa hotel ni? Sebab I nak hotel yang dekat dengan pantai, ada swimming pool for kids, design modern, and tak banyak hotel yang menepati budget. Yang ni around RM230/night.

Katil king size.


 Ada TV tapi channel semua kabur bergegar gegar, tak best langsung hahaha

 Toilet ok ada heater tapi dia main main. Kejap panas kejap sejuk. Menyakitkan hati and tak puas nak mandi lama lama.

Ada payung, bath robe, selipar. Lepastu dia ada bagi bag lagi kalau nak jalan jalan area pantai ke.

 Ada balkoni tapi view tak best sangat

Ada swimming pool for kids. Maysaa berdiri pun sampai paras dada Maysaa. Budak paling happy dapat mandi. Dah lah tak ramai orang. 

 Rooftop pool.

Lepas mandi kita relax relax kejap enjoy angin.

Rooftop hotel, view mengadap Patong Beach. Best lepak tengok sunset and again, tak ramai orang.


Kat depan hotel.

Lobby hotel.

Overall, I happy sebab bilik bersih, dekat dengan pantai, ada swimming pool for kids, view kat rooftop best, dekat dengan Family Mart, and Jungceylon Mall pun jalan kaki je. Facilities pun okay. Yang tak okay cuma TV and water heater yang memainkan perasaanku. WiFi sometimes okay, sometimes slow. And hotel tak halal sebab ada pork so tak boleh order room service haha.



Patong Beach

Our hotel memang seberang jalan pantai. Lintas je jalan, lalu celah kedai and terus sampai pantai. Dekat sangat.

Tapi kalau nak pergi tangkap gambar dekat sign board ni, ada lah 5 minutes kot jalan.



Budak geli dengan pasir.





Jungceylon Mall Phuket

Dekat Phuket ada satu mall yang I dah siap siap aim sebab saja nak tengok Watsons and Boots. Tapi I blogger yang gagal sebab tak tangkap gambar sangat...

Jalan kaki around 10-15 minutes, ikut lah jalan laju ke slow slow. Tapi for me yang pemalas nak jalan ni, okay lah. Asalkan tak panas, I okay je jalan.



Ni je lah gambar I menagih kasih Maysaa yang malas nak tangkap gambar sama sama dekat area Jungceylon Mall.

Sikit je beli.


 Ni naik Tuk Tuk sebab nak pergi Jungceylon tapi panas gilaaa yang I tak sanggup nak jalan. Tapi mahal ok. 200 Baht! Padahal jalan kaki, dekat je.

By the way, shawarma kat sini boleh tahan sedap juga and halal. 



Banzaan Fresh Market Phuket

Yang ni dekat seberang Jungceylon Mall je, kena lintas jalan sikit.


Konsep dia, pilih seafood dekat bawah, and then dekat tingkat atas ada macam food court, pilih je mana mana gerai untuk masakkan lauk kita beli tu.




Lepas dah pilih seafood (make sure cari yang tak bercampur dengan haiwan yang tak boleh dimakan tu tau), nanti naik atas and cari gerai untuk masakkan. Yang halal cuma ada satu je kalau tak silap haritu so memang ambil yang tu lah.

 Yang first, kitorang beli sotong dengan kerang. Buat sotong celup tepung and kerang grill. Sotong 120Baht, kerang pun 120Baht. Dalam RM15 each. Lepastu upah masak, nasi putih (ambil satu je cukup untuk share kitorang 3 orang), tomyam seafood and air kelapa (60Baht = RM7+), dalam 480Baht (Tak sampai RM60).


Esoknya tak puas lagi makan, kitorang beli lobster pulak. Hari first je I ingat harga. Masuk hari kedua dan ketiga, I dah tak take note.... Again blogger gagal... Maafkan saya....

 Hari ketiga pun makan lagi.... Kali ni beli udang pulak. Udang masak butter and udang garlic kot nama dia. Again, I tak pay attention masa Marwan bayar and order so taktahu harga tapi rasanya lebih kurang macam first time makan tu je.


Banzaan Night Market Phuket

Dekat perkarangan Banzaan fresh market tu start pukul 6 petang, ada night market pula. Macam pasar malam.

Malangnya, susah nak cari yang halal walaupun banyak yang nampak sedap.

 Contohnya pulut mangga ni. Nafsu ku membuak buak tapi takpelah...

Ada banyak lagi makanan lain macam segala jenis mee, oyster cheese, aiskrim kelapa tapi I pandang je lah haha


Pancake Phuket

Masa pergi Krabi dulu, I jumpa satu jenis pancake je, yang dia tebar macam roti canai tu pastu lembut kat dalam and cruncky dekat luar.


Tapi yang ni, dia tak tebar macam roti canai. Dia macam crepe. Tapi nama sama jugak, pancake. Yang ni banana nutella 80Baht, almost RM10. Mahal jugak kan?

Yang ni dia tebar macam roti canai.


Mestilah yang ni lagi sedap! Ni mangga nutella, 60Baht. Makan 10 sehari pun I okay je sebab sedapppp!


Others

 Jangan lupa try shawarma dekat Bangla Road, sedap!

 And also Iced Tea dekat Family Mart weh sedap gila, cawan besar 19Baht je (RM2 +). Yang ni memang minum setiap hari dekat Phuket sebab sedap and pekaaat.


Krabi vs Phuket, mana lagi best?

Kitorang dah pergi Krabi a few years ago, boleh baca kat sini: Krabi Trip

I personally lagi suka Krabi sebab tenang tak sesak banyak kereta motor dan manusia, senang cari makanan halal and kawasan tak seram sangat. Kalau nak ketenangan, better Krabi. Tapi for me, pantai dekat Phuket lagi best. And tak habis explore Phuket lagi haha

Extras
Kitorang memang datang Phuket untuk rehat and makan je. So memang tak pergi trip mana mana, travel jauh jauh pun tak. Kalau nak buat aktiviti lain, maybe boleh Island Hopping around 100Baht++, tengok gajah dekat Phuket Elephant Santuary tapi jangan naik gajah tau. Dulu I taktahu so I naik je kat Krabi, now dah insaf sebab kesian gajah bila tengok video :(

Boleh juga pergi pantai lain macam Kamala Beach, Karon Viewpoint untuk tengok view cantik (30 minutes drive), tengok sunset dekat Promthep Cape (40 minutes drive), visit Phuket Big Buddha (40 minutes drive), visit Phuket Old Town (45 minutes drive) and orang kata cantik tangkap gambar. Semua ni I tak pergi sebab malas nak travel jauh jauh, kos lagi, mabuk dalam kereta lagi so I malas hahaha

And ada orang suggest kalau nak cari makanan halal, pergi area Masjid Nurul Islam. Tapi I malas jalan sebab rasanya around 20 minutes nak jalan. Kenapa tak naik motor?! Sebab malas juga naik motor, jalan sibuk and risau takde helmet untuk Maysaa hashtag paranoid parents.


I ada letak highlight Phuket dekat Instagram in case kalau nak tengok.

That's all, thanks for reading!

No comments