Hello, welcome to www.imanabdulrahim.com. You can search about any topic here :)

Apa yang kena ada dekat label local products?


Apa yang kena ada dekat label local products?



Zaman sekarang ni memang banyak local products yang keluar bak cendawan tumbuh selepas hujan (kenapa kena masukkan peribahasa kat sini?!)

So anyways,  Im not against local skincare. Sebenarnya ada je product yang bagus. Tapi local products asyik dapat nama buruk and orang takut nak try sebab banyak sangat founder yang buat masalah. Claims merepek repek boleh putih dalam masa tiga hari, jerawat boleh hilang dalam satu malam, healing crisis (benda tu tak wujud), packaging tiru brand international yang lain.... Like why...?!

 Kesian tau local founders yang berusaha keras untuk cari formula yang bagus, design packaging sendiri, dan tak buat claims yang merepek. 

Harini I nak share about apa yang kena ada dekat labelling local product berdasarkan NPRA (National Pharmaceutical Regulatory Agency) KKM. 

Skincare yang gunakan ni sebagai contoh je, sebab yang ni je local skincare yang I ada dan meneapti syarat. Elok ke tak, tu kena check balik ingredients dia and tahu kulit korang sensitive dengan bahan apa. And, I tak jual pun product ni. Sekian disclaimer haha.



Apa yang kena ada dekat label local products?


1. Nama and function. 
Coalface ada tulis cleanser. Haze ada tulis moisturizer. So dah clear dah, function cleanser untuk cuci muka, function moisturizer untuk melebapkan kulit.



2. Instruction (Cara penggunaan).
Ada tulis “Direction to use”, “Direction of use”.



3. FULL ingredient listing. 
Taknak main ingredients je. Taknak active ingredients je. Nak full ingredients list okay! Both memang tulis full ingredient list.



4. Country of manufacture. 

5. Name & address of cosmetic notification holder

Taknak yang jenis nak sorok sorok alamat kat mana eh.




6. Content (weight / volume)

 

7. Manufacturing batch number

8. Manufacturing/expiry date

 


9. Special precaution

 

10. Valid contact number




Untuk pengetahuan korang, nombor NOT tak bermaksud kosmetik tu selamat. Tu nombor untuk notify KKM and tunjuk produk tu selamat. Tapi KKM tak check satu satu product tu, unless ada laporan, baru diorang check. Sebab tu kadang kadang KKM ada keluarkan NOT yang ditarik balik.

Selain daripada labeling, kena tahu jugak kulit jenis sensitive dengan ingredients apa. Check balik produk yang nak beli tu, ada tak ingredients yang tak sesuai. Kalau dia claim boleh putih dalam masa 3 jam, apa ingredients dia yang buat kulit boleh putih cepat sangat tu? And of course, jangan lupa patch test bila dah beli.

Boleh baca about patch test kat sini: https://www.imanabdulrahim.com/2017/10/patch-test.html

That's all. Sayangi kulit anda. Hopefully it helps and thanks for reading!