Hello, welcome to www.imanabdulrahim.com. You can search about any topic here :)

Homemade chicken broth for Maysaa.

Harini nak share how I buat chicken broth untuk Maysaa. I buat ni since Maysaa 8-9 bulan.








Bahan bahan yang diperlukan:
1. Rangka ayam / kaki ayam. Tapi I tak minat kaki ayam walaupun dia bagus so I guna rangka ayam je
2. Bawang putih, bawang besar
3. Halia
4. Celery
5. Carrot
6. Tomato
7. Rempah (bunga lawang, pelaga, kayu manis, cengkih)
8. Lemon - perah


Masukkan semua dalam periuk. Make sure stainless steel. Guna api kecil je. I normally biar atas api for 2-3 hours, tapi kena selalu tengok.


Agak agak dah siap tu, tuttup api and biar sejuk sikit. I tapis ambil air dia sahaja. Yang lain semua buang. Tapi ayam dengan carrot tu sometimes I ratah :P


Lepas tu I masukkan dalam bekas macam ni. 4oz. I beli dekat kedai bakeri, dia jual 100 pieces for RM8 macam tu lebih kurang. Entah la lupa dah haha. And sebab guna periuk kecil, hasil pun sikit je lah. 


 Lepastu boleh la masuk dalam freezer and bekukan. Nanti kalau nak guna, defrost and terus boleh guna. Done!

Antara resepi yang I masak untuk Maysaa. kat instagram boleh cari je hashtag #MaysaaMakan. Tapi tak banyak sangat pun, tengok lah kalau rajin.












Also read: Maysaa's solid food - Ni about puree yang Maysaa makan masa awal awal 6 months dulu

That's all. Thanks for reading!