Yay dah ada pemenang untuk Pencarian Wanita Melayu 2018!
Congrats Amy Nurtinie sebagai Ikon Wanita Melayu 2018!
Juri-juri jemputan iaitu Encik Faizal Hamid (Pensyarah Fesyen UiTM), Puan Rosie Haslinda (Editor Pengurusan Majalah InTrend), Ashraf Dasley (Model) dan Puan Azura Mokhtar (Senior Centre Manager) memilih Amy Nurtinie yang senang dipanggil Tinie sebagai Ikon Wanita Melayu. Tinie mendapat peratusan markah tertinggi pada hari finale berlangsung.
Jumlah hadiah keseluruhan yang dibawa pulang oleh Tinie bernilai RM16,898.00. Wang tunai bernilai RM5000, barang kemas Habib Jewels, Gold Chain with Pendant bernilai RM5000, jam tangan Ice-Watch bernilai RM2048.00 serta hadiah-hadiah lain daripada penaja. Bestnya!
Nur Fatihah Sazali yang bergelar Naib Juara Pencarian Wanita Melayu, membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai RM11,758.00 dan Alya Abdul pulang sebagai pemenang tempat ketiga dengan hadiah keseluruhan bernilai RM9818.00
Pendaftaran Pencarian Wanita Melayu musim kelima bersama penaja utama Habib Jewels dan Ice-Watch bermula Januari lalu mendapat lebih 200 penyertaan online yang rata-ratanya datang daripada wanita Melayu pelbagai latar bidang kerja dan pengalaman. Sebanyak 3 peringkat uji bakat diadakan dan hanya 30 peserta dipilih ke peringkat separuh akhir yang berlangsung pada 21 April lalu.
Tahun ini 12 peserta dipilih ke peringkat akhir berlangsung cukup meriah dengan kehadiran para penaja, bekas pemenang Pencarian Wanita Melayu dan penyokong peserta finalis yang turut dihiburkan dengan persembahan selingan oleh Ismail Izzani.
Antara penaja lain yang menyumbang dalam PWM2018 adalah Elianto Makeup, Butik D’Qapas, Parca Apparel, Anytime Fitness, Arco.MY, OC (Original Classics), NR Cosmetic, Ashira Kasih Exclusive, Ani Catering & Wedding Planner, Satay Station, Shaiful Azli Affaley, Loreal by Naluri dan Chriszen Official.
Senarai pemenang Pencarian Wanita Melayu 2018:
Ikon Wanita Melayu 2018
Amy Nurtinie Abdul Aziz
Naib Juara
Nur Fatihah Sazali
Tempat Ketiga
Alya Iman Abdul
Miss Personality
Huda Saber
Miss Photogenic
Siti Raihana Rahamat
Miss Social Media
Nur Ezzeyanti Natasha Norazman
TENTANG PENCARIAN WANITA MELAYU – PLAZA SHAH ALAM
Pencarian Wanita Melayu dianjurkan oleh Plaza Shah Alam bermula pada tahun 2014. Ia diwujudkan bagi mencari gadis Melayu yang masih mengamalkan gaya hidup Melayu dalam dunia serba moden hari ini. Gelaran Ikon Wanita diberikan kepada pemenang utama yang melengkapi ciri-ciri seperti personaliti menarik, beretika dan memiliki pemikiran yang seiring dengan kemajuan dunia moden hari ini. Empat Ikon Wanita telah diangkat sepanjang penganjuran acara ini, iaitu Ashira Kaseh, Ayu Harris, Hazwani Zaini dan Nurul Ain Nasiron.
TENTANG PLAZA SHAH ALAM
Berlokasi di tengah kesibukan bandar raya Shah Alam, Plaza Shah Alam terletak di Seksyen 9. Lebih sepuluh tahun memberikan keterujaan serta pengalaman beli-belah buat kejiranan Shah Alam, Plaza Shah Alam hari ini sinonim sebagai sebuah hub sehenti yang menawarkan keperluan gaya hidup seharian. Tawaran gaya hidup tidak hanya terikat pada idea seperti F&B, Fesyen dan Kecantikan. Kami juga menjadi pusat tumpuan servis dengan adanya badan kerajaan yang berpusat di sini seperti Jabatan Pendaftaran Negara, FAMA, Firma Guaman dan lain-lain. Sehingga hari ini kami menawarkan segala bentuk pengalaman beli-belah untuk semua pengunjung daripada kelas pertengahan ke atas. Plaza Shah Alam dimiliki syarikat Evergreen Venues Sdn. Bhd.