Hello, welcome to www.imanabdulrahim.com. You can search about any topic here :)

Jangan lupa join Pencarian Wanita Melayu 2018 (PWM2018)

For your information, tahun ni (2018) dah tahun yang kelima Plaza Shah Alam organize Pencarian Wanita Melayu. Inilah peluang untuk jadi Ikon Wanita 2018.


Yang paling specialnya, kali ini, pihak Plaza Shah Alam (penganjur utama) bagi peluang untuk girls yang “Curvy” pun boleh join Ikon Wanita Melayu. Tak ada diskriminasi okay!




Penyertaan boleh buat secara online,  dan peserta dah boleh pun mendaftar sejak akhir Januari 2018 haritu di official website www.plazashahalam.com dengan syarat lengkap penyertaan. 

Link Borang Penyertaan Pencarian Wanita Melayu 2018:

Peserta kenalah isi segala details yang ada and jangan lupa kepilkan sekali your best photo! Sesi uji bakat bakal diadakan pada 31 Mac 2018 (Sabtu) bertempat di Plaza Shah Alam bermula jam 11 pagi bagi sesi pertama dan jam 2 petang bagi sesi kedua. 


Bagi sesi uji bakat ni, pemarkahan para peserta akan dinilai daripada:
1. Sudut personaliti
2. Communication skill
3. Bakat yang boleh ditonjokan. 

Beberapa soalan akan diajukan oleh juri terpilih bagi melihat keupayaan serta kebolehan para peserta dalam menjawab soalan secara spontan dalam masa yang ditetapkan.


Untuk tahun ni pihak Plaza Shah Alam mengambil peluang serupa dangan menggunakan tag line “MALAY GIRLS RULE TOO!” yang akan menjadi tag line rasmi yang akan digunakan sepanjang tempoh penganjuran Pencarian Wanita Melayu 2018 tahun ini. 


Buat pertama kalinya sesi mentoring akan diadakan pada tahun ini buat 12 finalis yang terpilih. Empat mentor terpilih adalah pemenang Pencarian Wanita Melayu yang terdahulu iaitu:
1. Ashira Kaseh (Pemenang 2014)
2. Ayu Harris (2015)
3. Hazwani Zaini (2016)
4. Nurul Ain (2017)



Setiap mentor akan mengendalikan 3 finalis yang akan dibentuk personaliti, keyakinan serta imej mereka sebagai wanita Melayu dalam beberapa aktiviti yang telah disusun. Kelas solekan, etika, pertandingan memasak dan aktiviti luar sebagai riadah telah disusun sepanjang tempoh seminggu sebelum mereka melangkah ke sesi final PWM2018.



Macam tahun tahun sebelum ni, HABIB JEWELS ialah penaja utama program Pencarian Wanita Melayu 2018 kali ini. Antara penaja lain yang turut memberi sokongan untuk PWM2018 adalah Ice-Watch, Elianto, ARCO.MY dan D’Qapas. 

Acara Pencarian Wanita Melayu 2018 (PWM2018) 

31 Mac 2018: 
Sesi Ujibakat di ruang legar Plaza Shah Alam 

5 April 2018:
Press Conference Pencarian Wanita Melayu 2018 

21 April 2018:
Semi-final Pencarian Wanita Melayu 2018 

22 April 2018:
Mentoring session - Rock Climbing - Kelas Etika - Perundingan Imej & Sesi fitting acara final 

23 April 2018: 
Kelas & Demo Solekan bersama ELIANTO di Elianto HQ, Mid Valley 

25 April 2018: 
Lawatan ke HQ Habib Jewels selaku penaja utama Pencarian Wanita Melayu 2018 (PWM2018) 

26 April 2018: 
Pertandingan Memasak di Plaza Shah Alam 

28 April 2018: 
Acara Kemuncak Pencarian Wanita Melayu 2018 di Plaza Shah Alam pada pukul 2 – 5 Petang 


TENTANG PLAZA SHAH ALAM 
Plaza Shah Alam berlokasi di tengah kesibukan bandar raya Shah Alam yang terletak di Seksyen 9. Lebih sepuluh tahun memberikan keterujaan serta pengalaman beli-belah buat kejiranan Shah Alam, Plaza Shah Alam hari ini sinonim sebagai sebuah hub sehenti yang menawarkan keperluan gaya hidup seharian. 

Tawaran gaya hidup tidak hanya terikat pada idea seperti F&B, Fesyen dan Kecantikan. Kami juga menjadi pusat tumpuan servis dengan adanya badan kerajaan yang berpusat di sini seperti Jabatan Pendaftaran Negara, FAMA dan lain-lain. 

Sehingga hari ini kami menawarkan segala bentuk pengalaman beli-belah untuk semua pengunjung daripada kelas pertengahan ke atas. Plaza Shah Alam dimiliki syarikat Evergreen Venues Sdn. Bhd.