Hello, welcome to www.imanabdulrahim.com. You can search about any topic here :)

Skin Analysis at AEON Wellness

Hari tu I ada tweet about kalau nak buat skin analysis dekat AEON Wellness.








I pun baru juga tahu and memang dah lama nak tahu skin type and skin concern. Kita serahkan dekat pakar lah kan, asyik analyze sendiri entah betul entah tidak. Entah entah syok sendiri je kan.

Kalau nak tahu your skin type, nak test sendiri, boleh baca kat sini: How To Know Your Skin Type

Kalau buat dekat AEON Wellness ni, normal price RM4.90. I am totally not sponsored by them okay. Ni memang pergi sendiri, bayar pakai duit sendiri haha.

So basically the beauty advisor guna machine untuk analyze kulit.

Hydration - Untuk kandungan air dalam kulit. Kalau dehydrated (tak cukup air), kena lah makesure your skin is well hydrated. Cari products yang ada hyaluronic acid, glycerin, urea, sorbital. Semua ni boleh bagi hydration untuk kulit.



Sebum - Kalau sebum hasilkan minyak yang kurang, kulit kita akan jadi dry. Kalau terlebih hasilkan minyak, jadilah oily skin. Bila dah tahu skin type, senang lah nak pilih product yang sesuai dengan kulit. Kalau kulit berminyak, cari product yang lightweight supaya tak rasa heavy sangat. 

Elasticity - Nak tahu kulit anjal ke tak. 

pH - Sepatutnya kulit kita kena around pH4-6. I ada cakap about pH and our skin barrier dalam blog ni. pH kulit ni penting supaya skin barrier kita tak terganggu. Read: Low pH cleanser

Keratin - Kalau kulit jarang exfoliate (scrub), biasanya high level of keratin. Tapi kalau exfoliate banyak sangat, nanti over exfoliate. Seeloknya 2-3 kali seminggu untuk oily skin, and sekali seminggu for dry skin.

Diameter of pores - Pores tak boleh nak kecilkan, tapi boleh minimize the appearance. Cara dia, kena make sure kulit kita well hydrated, pakai sunscreen and make sure pores bersih.


Kat twitter ada a few skincare tips.

Bila dah tahu skin type and skin concern, nnati dia akan advice product apa yang sesuai dengan kulit kita ataupun product yang kita guna sekarang ni bagus ke tak.

Skin Analysis at AEON Wellness:
KL: Mid Valley, Intermark. Taman Maluri, Quill City Mall
Selangor: Bandar Utama, Bandar Puchong, Atria, Shah Alam
Perak: Taiping Mall, Ipoh Station 18
Melaka: Bandaraya melaka, Dataran Pahlawan
Johor: Bukit Indah, Kulaijaya, Tebrau City, Bandar Dato Onn, Permas Jaya


That's all. Thanks for reading!

No comments