Hello, welcome to www.imanabdulrahim.com. You can search about any topic here :)

LAZADA Malaysia Haul (Baby's Stuff)

I never ordered anything from Lazada by myself, so I decided to order some baby's stuff! Because it's so cute and hard to resist!


What I bought: 
- 6 pieces washcloth for RM 16.72
- 3 pieces muslin cotton swaddles for RM 59.60
- Grooming kit for only RM 27.60 (omg so cheap!)

Semua barang sampai sebelum expected arrival date. Seminggu je dah sampai. So fast!


Washcloth. Buat as sapu tangan ke lap apa apa ke. It's soft and I loooove the colours. So cute. Ada satu lagi warna biru tapi Marwan dah ambil yang tu haha


Muslin swaddles. Nak buat bedung baby tapi it's a bit small, only 70cm x 70cm. Time beli tu lupa nak tengok size, gelojoh sangat. Boleh la buat selimut ke alas ke


THIS. IS. THE. CUTEST. I. CANT. RESIST. Im not even sure whether its good or not, tapi thermometer tu macam tak function sangat je hahaha but thats okay sebab its to cheap, dapat tengok and pegang pun dah happy. Macam mainan je.

I am so happy with the shopping experience from Lazada, rasa nak beli banyak banyak lagi barang baby :P





MGTT (Ujian Air Gula)

During my 29th week of pregnancy checkup, my doctor suruh buat MGTT untuk make sure ibu mengandung takde GDM (Gestational Diabetes Mellitus), which is kencing manis semasa mengandung. The reason, sebab berat badan naik banyak hahaha kfine

So I booked my session dekat klinik dekat dengan rumah je sebab senang and weekend. Kena puasa start pukul 10 malam and esoknya pukul 8 pagi pergi klinik, doctor ambil darah dekat lengan *nangis*

Lepastu nurse bagi minum air gula, which I read sangat tak sedap, nak termuntah lah etc etc, tapi bila minum, okay je? Taklah manis sangat nak muntah.

Kena minum satu gelas air gula yang pekat.

Then, kena tunggu dua jam. Sementara dua jam tu, Marwan beli breakfast kuih keria omg dah lah teringin pastu dia saja je makan sensorang kfine takpe


Balik rumah kejap, dah lah perut kosong, lepastu mula lah pening nak muntah. Poyo sangat tadi minum air gula konon macam takde apa apa kan.

Lepas dua jam, pergi klinik balik untuk ambil darah kali kedua. Tangan belah kiri pulak. *nangis second time*

Kena tunggu dua hari untuk dapat result.

Result:
Bacaan normal sebelum minum air gula: < 5.8 mmol/L
My result: 3.7 mmol/L

Bacaan normal lepas dua jam: <6.8 mmol/L
My result: 3.8 mmol/L

*bacaan normal ni based on apa yang my doctor nak

Conclusion: Lulus dengan jayanya so tak payah diet and jaga makan! Yay!

Cost: RM50


3D/4D/5D HD baby scan

As an excited mum (obviously), I was so excited to have 3D scan sebab nak tengok muka baby. So masa 28 weeks, I booked my session at Klinik Dr Nurul, located at Cheras. The facebook page, here.

First time datang, klinik selesa plus wangi! And tak ramai orang sebab kena book dulu before datang.

While waiting for my turn.

3D scan: Gambar baby in 3D
4D scan: Video
5D/HD scan: Gambar & video baby in HD (omg!)

Price: RM89 including CD. Printing tak provided, kalau nak, pandai pandai print sendiri ok. Tapi ni harga promotion. Normal price RM199. Kena selalu check Facebook diorang and terus book bila ada offer.

Unfortunately masa ni, the baby tidur meniarap and taknak bangun. Even the sonographer dah puas kejut, gegarkan perut kemain, dia still tidur taknak bangun. Just like her dad. Fine baby fine. So, sebab tak dapat nak tengok baby, it's free of charge.




The next time datang (gigih taknak giveup tau tengok baby), during the 31st week. Nurse pesan suruh makan ice cream dulu so that baby tak tidur.

This time sonographer lain pulak. Baik je. Bilik scan pun best. Ada TV besar untuk tengok scan baby tu and sofa for the dad untuk duduk lepak macam lepak tengok TV pulak.

But this time, baby dah besar, muka dia dekat sangat dengan uri. Position dah cantik dah menghadap ke atas. Kemain cium cium uri taknak lepas. Susah nak nampak muka, and tangan dia pun tutup muka.

This is the best 3D image. Hi baby <3

Nampak hidung dengan mulut je. Since kali ni pun fail jugak, tak nampak full muka baby, so free of charge jugak.

It's okay baby, asalkan sihat. We'll see lepasni nak repeat lagi scan ke tak (still gigih!)

P/s: 2D detailed scan pun ada, more to tengok organ dalaman baby such as jantung, paru paru, usus, tulang, kaki, tangan, jari cukup ke tak, almost everything. Tapi boleh buat masa baby around 18-24 weeks. Masa tahu wujudnya detailed scan ni, baby dah besar so tak sempat nak buat. Noob betul baru tahu....

How I hang my tapestry

1. Buy this velcro tape from Daiso. One for RM5.30. I bought two.


2. Cut them to the size you want.


3. The velcro. 


4. Peel them off and tampal them together (the velcro part, not the sticky one)


5. Tampal the sticky side on your tapestry and the wall.


6. Done!


Added the fairylights. 

I got my tapestry from ig @tapestryad.co , do check them out!








18 weeks maternity checkup!

17 weeks (14 September 2016)

Masa ni baru habis raya Aidil Adha, and then maybe sebab banyak sangat travelling ke apa, terus demam and tak sedap badan, muntah apa semua padahal sepatutnya sebelum tu dah okay, takde muntah apa. Then saja lah pergi checkup and scan sebab nak tahu baby okay ke tak, risau pulak tak okay.

Nampaknya baby sihat je. Siap tak malu tunjuk gender yang obviously girl. Tak sangka 17 weeks dah boleh tahu girl ke boy. Terus happy!




Time ni doctor bagi ubat batuk and selesema yang pregnant-friendly. And obimin for prenatal vitamin. Time ni checkup dekat klinik biasa dekat dengan rumah je.

Total cost scan & ubat: RM120.


18 weeks (21 September 2016)

The actual appointment dengan gynae at Ampang Puteri yang dah book almost two months before. The best part of Ampang Puteri, you can book your appointment online je!


Just fill in the form and they'll email you.

The reasons why we choose Ampang Puteri is because dua orang adik memang lahir dekat situ, and memang dari kecik familiar dengan hospital tu, and dekat dengan rumah parents. Takde option lain dah rasanya haha

The appointment is for morning session 9.30-12.30. Dia first come first serve so on that day, kitorang sampai around 10am, dapat nombor 6. So sementara tunggu tu, pergi makan kejap, tunggu kejap, around 11.30am baru boleh jumpa doctor.


Alhamdulillah, the baby is all healthy and active. Everything is fine. Doctor pun confirmkan yang it's a girl! And dengar her heartbeat <3

Next, kena buat test darah. It's a normal procedure. Kalau ada apa apa masalah, baru diorang call. 

Then baru ambil ubat yang dah prescribed by the doctor.

Caltrate is for calcium supplement sebab malas minum susu, NeuroGain to develop the baby's brain etc.


Consultation fee: RM250
Scan: RM120++
Blood test: RM150
Medicines: RM100++

Total: Around RM600++


Lepas confirm gender, barulah semangat shopping barang baby! :P