Hello, welcome to www.imanabdulrahim.com. You can search about any topic here :)

Everland, South Korea


Everland, South Korea, early Autumn 2018




 CARA PERGI EVERLAND 
Tunggu bas 5002 daripada Gangnam Station Exit 10, depan kedai Kakao Friends.

Ni signbard dekat bus stop tu. Kitorang tunggu bas ada la kot dalam 15 minutes sebab terlepas bas. Nampak dia sayup sayup pergi meninggalkan kitorang haha so kena tunggu next bas.

Harga 2600KRW / sorang, total masa dalam sejam. 



 Dah sampai, kena naik free shuttle bus. So kena beratur and tunggu naik bas. Dalam 5 minutes, sampai lah Everland.


 CARA LAIN PERGI EVERLAND:
1. Naik subway, untuk orang mude yang takde anak, okay kot
 2. Klook ada shuttle bus jugak, harga dalam RM38/sorang round trip and ada pickup points dia


 TIKET MURAH EVERLAND 
Harga Evertland dekat website 54,000KRW (kalau convert dalam RM205) tapi kalau beli dekat Klook dapat RM119 je. Nanti dah sampai Everland, tunjuk je voucher tu dekat kaunter and terus boleh masuk. Hashtag bukan review berbayar, semua benda I bayar sendiri haha. 

Ni harga based on the website.


 SEWA STROLLER EVERLAND 

Kalau tak bawa stroller, no problem. Stroller boleh sewa. 5000KRW je sepanjang hari. Kitorang sampai sampai, terus pergi Customer Service dekat belah kanan lepas gate. 


Okay settle dah sewa stroller. 


 ZOOTOPIA EVERLAND 
Sampai sampai Everland, kitorang terus pergi area Zootopia. Kat sini ada macam macam binatang. Ada panda, monkey, birds etc.

Panda tengah tidur.

Swan

Yang ni Maysaa tengok paling lama. Taknak berganjak. Seronok tengok tiger tu, banyak kali ulang alik show off diri sendiri.

 Sebab Maysaa kecil lagi, banyak yang tak boleh masuk. Kitorang masuk Safari World. Panjang sangat beratur. Total masa beratur, 58 minutes. Nasib baik Maysaa behave sebab perut kenyang. Kat Safari World ni boleh tengok tigar, lion and bear dengan dekat.





 EUROPIAN ADVENTURE 
Dah penat tengok animals, Maysaa pun tidur. So Mummy Daddy ambil peluang shoot gambar sebab banyak tempat cantik kat sini! Surau dekat Mystery Adventure. 



 BABY ROOM EVERLAND 
Kalau ada baby, jangan risau. Baby room sangat lah selesa. Ada tempat breastfeeeding, salin nappy and makan. Tak susah pun nak cari.

Lokasi baby room Everland

Ni baby room. Ada tempat breast feeding, makan, tidur, salin diapers. Selesa tapi ramai orang.

 Air ni sedap gilaaaaa. 3000KRW. Strawberry dia tak kedekut. 

Makanan halal dekat Everland, kitorang makan shrimp burger dekat Burger Cafe area American Adventure. Harga dah lupa tapi quite expensive juga. Takpelah asalkan kenyang haha. Churros pun ada tapi keras sikit.

Overall, Everland best! Nanti nak datang lagi sebab sesuai for kids. Even untuk remaja pun best sebab ada segala rides outdoor and T-express yang famous tu sampai waiting time almost 2 hours??? Masa kitorang pergi, dia buka. Ramai yang kata kalau hujan, dia tutup. Tempat ni memang ramai orang so penat nak beratur tunggu turn. I tengok pun stress, nasib baik pergi benda yang tak perlu beratur sangat. Safari World tu je lah almost sejam. Memang sesak and berhimpit. Try avoid weekends and public holiday.

That's all! Thanks for reading.

No comments