Hello, welcome to www.imanabdulrahim.com. You can search about any topic here :)

Buat passport Maysaa

Nak share cara untuk buat passport baby, atau kanak-kanak bawah 12 tahun.




Kitorang pergi buat dekat Jabatan Imigresen Malaysia, UTC Keramat sebab kat situ tak ramai orang katanya. Mykid Maysaa pun buat dekat situ. Dulu kitorang buat passport dekat UTC Sentul, ramai orang. Penat nak menunggu.

Maysaa mengantuk bangun pagi.

Apa yang nak kena bawa kalau nak buat passport?
1. Pakai baju gelap. Maysaa dah settle pakai baju dark blue.
2. Surat Beranak Asal
3. Kad pengenalan ibu/bapa
4. Duit cash RM100

Kalau dekat website, dia nasihatkan untuk dah siapkan gambar passport tapi Maysaa tak bawa siap siap pun.

Ni I cerita prosedur dekat UTC Keramat je. Tempat lain rasanya lain. Haritu buat kat UTC Sentul tapi I dah lupa macam mana haha

First, ambil nombor. Pegawai akan check dokumen cukup ke tak, lepastu dia minta fotostet. Fotostet sekeping 30sen. Kalau tahu, dah siap siap fotostet dekat rumah je. Lepastu dapat number giliran.

Tak ramai pun kan?




Kedua, sementara tunggu nombor giliran, pergilah ukur tinggi dulu siap siap sebelum sampai nombor giliran.


Bila nak tinggi ni Maysaa

Ketiga, bila number dah dipanggil, pergi dekat kaunter. Tunggu giliran ni tak sampai 10 minutes pun. Nanti kena sign and tangkap gambar. Yang ni quite tricky sebab pergi berdua je dengan Maysaa, Daddy tak ada nak tolong tarik attention Maysaa pandang camera sebab Mummy kena pegang Maysaa. Pegawai tu suruh buka video yang Maysaa minat tapi Maysaa tak minat sangat. Last last buka video slideshow Maysaa. Ha tengok la diri sendiri haha


Keempat, tunggu nombor giliran untuk bayaran.


Untuk 2 tahun dah tak ada. Ada 5 tahun je. Untuk kanak-kanak bawah 12 tahun, RM100 je untuk lima tahun. Permohonan biasa RM200. Lepas dah bayar, pegawai tu kata passport akan siap dalam masa sejam. So kitorang pergi makan dulu.



Tapi lepas 10 minutes I saja je pergi ingat nak check dah siap ke belum (sebab tak sabar). Tengah jalan tu dengar number kena panggil and dah siap dah. I'm not sure memang laju macam ni atau sebab tak ramai orang. Lepas bayaran, 10 minutes ++ je dah siap. I pergi hari Khamis pukul 10 pagi.


Done passport Maysaa! I sampai parking UTC Keramat pukul 9.50AM. I masuk semula kereta nak balik, pukul 10.49AM. Total settle everything semua sejam je. Gigih timing masa sebab nak tahu berapa lama siap everything.


Hope it helps. Jangan marah kalau korang pergi, tiba tiba jadi lama pulak sebab ni based on pengalaman I sendiri haha

That's all. Thanks for reading!