Skincare 101: Paraben bahaya ke tak?

One of the most common question yang I dapat, "Paraben okay ke tak sebenarnya? Kenapa orang kata bahaya?"







Pernah tak korang baca benda yang lebih kurang macam ni about paraben? Sama ada orang share dekat email, group whatsapp, facebook, mahupun twitter?



Ataupun orang question korang bila korang guna produk yang ada paraben macam ni?




Tapi sampai kesudah takde berita walaupun I dah provide email address supaya senang nak share result patient yang dapat breast cancer sebab paraben?





So anyways, just a disclaimer. I am not certified dermatologist / pharmacist / whatsoever lah yang pakar dalam bidang. I just love to read about skincare.


What is paraben?


So I made a poll on twitter. 39% daripada 9923 orang tahu paraben tu apa. 61% taktahu.

Paraben ialah salah satu bahan pengawet (preservative) supaya product tahan lama.

"The main function of a preservative in cosmetic preparation is to prevent the growth of microorganisms during the use of a cosmetic product and to protect the quality of the product from possible damages such as bad odour or composition changes caused by the growth of microorganisms. Therefore, preservative is essential to maintain the quality and safety of a cosmetic preparation during the period of its use and shelf life."

For more info, boleh baca dekat portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia about paraben: http://www.myhealth.gov.my/en/use-preservative-cosmetic-preparation/



Paraben bahaya ke tak?



55% daripada 7100 cakap paraben tu bahaya. SO, bahaya ke tak sebenarnya?

Based on Kementerian kesihatan Malaysia, ada beberapa jenis preservatives yang dibenarkan guna (List of preservatives allowed for use in cosmetic products) termasuklah:
1. Butylparaben
2. Propyl paraben
3. Methyl paraben
*With specific maximum authorized concentration, limitations and requirements. Contohnya untuk butyl paraben and propyl paraben, "not to be used in leave-on products designed for application on the nappy area of children under three years of age."

Untuk list penuh, boleh tengok dekat website NPRA (Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan) link ni: http://npra.moh.gov.my/images/Guidelines_Central/Guidelines_on_Cosmetic/2017/feb2017/Annex_VI_release-15_Feb_2017-_201701.pdf

Lagi tentang paraben daripada pharmacist:






Kalau dekat twitter, this is the opinion from doctors #MedTweetMY:

"Setiap produk yg ada paraben sudah tentu dikawal"


"Tiada bukti kukuh paraben penyebab breast cancer"



"Selagi kulit tidak alami alergi, tiada masalah untuk menggunakannya"


"Tiada bukti kukuh paraben dalam produk berbahaya pada nyawa"





So, nak avoid paraben ke tak?



60% daripada 7676 orang kata dia akan avoid product yang ada paraben.

Kalau ikut nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, link http://www.myhealth.gov.my/en/use-preservative-cosmetic-preparation/


1. Baca label untuk apa apa warning atau ingredients

2. Kalau rasa rasa ada allergi dengan paraben, better elakkan. Kalau taktahu, boleh try buat patch test dulu.

Cara buat patch test: www.imanabdulrahim.com/2017/10/patch-test. Kalau beli product baru, please patch test dulu kalau nak tahu sesuai ke tak. 

3. Kalau ada apa apa soalan, atau nak report side effect, boleh email dekat kosmetik@npra.gov.my


Conclusion dia? Depends on kulit masing masing. For me, I tak ada any negative effect on paraben so I'll continue using it.



That's all. Thanks for reading.

No comments