Skincare 101: Patch test | How to patch test?

Sebelum pakai product baru, kalau boleh, patch test dulu, nak tengok kulit kita sesuai ke tak dengan produk baru. Skincare and makeups, kalau boleh, patch test!

Macam mana nak patch test?




When I posted this on twitter, ada a few yang tanya, "Tak breakout ke pakai product macam macam?" "Banyak sangat pakai, tak rosak ke kulit?"

Okay, first of all. I tak pakai semua sekali gus. My normal routine ada 3-4 step je. Yang basic I tak pernah tinggal, cleanse & moisturize! Kalau rajin baru add on yang lain. Ada yang tak pakai setiap hari. Anddddd, of course, semua ni not for me. Ada my husband punya jugak.


So anyways, kalau baru beli product baru setelah berbulan bulan survey, baca segala reviews yang elok dengan yang buruk, dah yakin dengan product tu elok barulah beli, finally, dah berjaya pun beli pun product yang di idam idamkan. Yay.

Let's say ada 2-3 yang baru beli. Please ingat tips ni:

1. Jangan try semua sekali gus. Try satu satu. Bagi gap at least seminggu. Kenapa? Supaya kalau breakout, kita tahu apa product mana punca dia. Kalau pakai semua sekali gus? Payah lah pulak nak cari punca dia.

2. Patch test! Lagi lagi kalau kulit sensitive atau acne prone (cepat naik jerawat), elok lah patch test dulu.


Kenapa perlu patch test?
Nak tahu kulit kita sesuai atau tak, dengan product yang kita baru beli tu.

Macam mana nak patch test?
Most of the time, I malas patch test. YOLO! 

Ok tak.

For new products yang I was was sikit,

1. Apply dekat bahagian dalam lengan dan pergelangan tangan,


Boleh jugak apply dekat dalam lengan yang dekat dengan pergelangan tangan, tapi area atas tu lagi sensitive for me, so I sapu kat situ. Suka hati la nak sapu dekat mana pun, asalkan senang nak cover.

Sometimes dekat leher pun I sapu jugak, just nak tengok dia naik merah merah or gatal ke tak.

Apply setiap hari and tunggu seminggu kalau ada rashes ke merah merah ke gatal gatal ke. Apply jugak dekat belakang telinga. Ni pun boleh check untuk allergic ke tak.


Tapi I kadang kadang tak tunggu pun seminggu. Kalau apply sehari and rasa okay, boleh terus buat next step pulak. Tapi ni totally depends on your skin tau.


2. Lepas rasa dekat area lengan, leher, belakang telinga dah okay, tak ada allergic ke apa, semua normal je, boleh test dekat kawasan yang paling cepat irritate & clogged pores.

Ada yang patch test dekat kawasan dagu atau jawline.


Banyak mana nak apply?
Apply nipis nipis macam biasa apply product, jangan besar sangat, cukup macam syiling 20sen pun ok je.

Observe dalam masa 24-72 jam, ada apa perubahan tak, gatal gatal ke, naik merah merah ke, jerawat ke. Kalau apply malam, bangun pagi esok tu, cuba check muka baik baik.

For me yang cepat irritate, dekat tepi hidung and pipi. Apply sebelah je, jangan dua dua belah muka. Kalau rasa pedih, merah merah, gatal ke, cepat cepat pergi basuh. Tu maksudnya tak sesuai lah tu.

Ada yang dekat kawasan dahi cepat clogged pores, so apply sikit kat situ. Sikit je, jangan banyak sangat.


Masa nak patch test ni, nak pakai product lain yang memang dah sesuai dengan kulit pun takpe je. Jangan la semata mata nak patch test, seminggu skip cuci muka. Tak perlu stop semua benda. Buat je routine macam biasa sambil patch test ni.

Antara tanda tanda product tu tak sesuai, atau ada ingredient yang tak sesuai dengan kulit:
1. Rasa panas/pedih
2. Naik merah merah
3. Rasa kering/ketat
4. Naik jerawat
5. Whitehead & blackhead makin teruk

Basically, untuk check ada allergic ke tak, patch test dekat belakang telinga/lengan
Irritation - tempat yang paling sensitive, contohnya dekat pipi
Clogged pores - tempat yang selalu naik jerawat/whitehead/blackhead

Kalau dah buat patch test and rasa semua okay, congrats! Boleh try letak dekat seluruh muka dah.

Better patch test daripada letak dekat seluruh muka and tiba tiba tak sesuai, terus breakout teruk. Better breakout sikit je, kan?

Untuk patch test ni, buat satu satu. Satu product dalam satu masa. Jangan campur banyak banyak, nanti taktahu kalau irritate tu, sebab product yang mana.

A good skincare, bila kita pakai, dia rasa selesa. Kalau pakai tiba tiba rasa panas semacam, rasa tak selesa, cepat cepat bilas muka. Jangan nak sedapkan hati "Oh ni proses nak elokkan muka kot", "Oh normal kot rasa macam ni, biasalah first time". Kalau rasa tak best tu, stop je. Kalau naik jerawat, jangan pulak "Ni healing crisis ni" "Ni sebab dulu pakai produk lama ada banyak benda benda kotor, jerawat ni sebab nak buat benda benda kotor yang sebelum ni kot?". NO. Stop. (Unless you're using Vitamin C, AHA or BHA)

And untuk jerawat, ada banyak faktor selain product baru. Maybe hormon, stress, kebersihan diri, pemakanan. Kena check jugak kenapa, bukan sebab product je.

That's all. Happy patch testing!

Thanks for reading and hope it helps!

9 comments

  1. Kak iman..muke kite wrne die tk sekate
    .pstu bawah mata lebam.. bile kluar rumah x pakai bedak or bb cream mmg muke x brmaya lngsung.. sometimes kite confius tgk muke org kain yg flawless giler ��.. kite try keluar rumah x pakai pape huwaaa sedih tgk muke sndiri huhu.. basic skincare(oil cleanser, cleanser, toner n mosturizer) tk prnah skip skrng.. byk nye bebel��..soalan kite 1)cmne nk bg muke brmaya 2)muke nmpak bersih je 3) warne kulit sekata 4) bwh mata tk lebam. Kak iman jwb tau soalan kite ni huhu..pliss T.T.. kulit kite jenis dryskin ..thanks kak!

    ReplyDelete
  2. Salam hi iman. I nk tanya u punya kulit type apa? ��

    ReplyDelete
  3. Kak Iman, kalau pakai vit c, mmg akan rasa pedih ke muka?

    ReplyDelete
  4. i baru start pakai garnier pastu muka jadi kering sangat2 and merah, pore terbukak, jerawat tumbuh balik and sekarang rasa sedih gila�� Rasa teruk sangat muka plus bibir pyn makin kering idk if bibir ada kaitan with product yg i pakai tapi memang kawasan paling kering dekat drngan bubir tu. Boleh tak kak iman buat post pasal bibir pulak idk how to treat my lip properly:'(

    ReplyDelete
  5. Salam kak iman sbelum ni sye pakai papaya soap n then muke sye jd pedih.merah2.kering n sye tukar ke produk safi tp muke sye jd makin banyk jerawat n berminyak boleh suggest kat sye produk dkt sye

    ReplyDelete