Hello, welcome to www.imanabdulrahim.com. You can search about any topic here :)

Maysaa & Daddy kena Influenza A

Mula mula Daddy yang tak sihat. Batuk batuk, demam. Lepastu Maysaa pulak berjangkit. Daddy tak risau sangat sebab orang tua kan. Tapi bila Maysaa demam, kitorang terus bawa pergi klinik. #Risau 




Bila pergi klinik, doctor assume demam biasa, biasalah budak budak kan. Maysaa pun pernah juga demam sebelum ni, tapi dalam 1-2 hari, dia sihat semula.

Tapi lepas 2-3 hari, dia still demam and bila malam, panas. Nasib baik ada thermometer so I selalu check temperature dia sebab panas sangat. And then pergi klinik lagi, doctor just bagi antibiotik and neb sebab batuk.

Dah masuk hari kelima still demam panas lagi, klinik terus refer ke hospital sebab risau benda lain.


Ni dah dekat hospital. Maysaa panas sangat, nurse terus sponging. Lepastu terus neb. Time neb ni Maysaa tertidur. Buat nasal swab and ambil darah sekali.

Result dia, positive Influenza A. Test darah semua okay.

Antara simptom Influenza:
1. High fever sampai 3-4 hari
2. Sakit badan, sakit kepala
3. Penat and rasa lemah
4. Batuk

Maysaa taknak makan sampai 5 hari. Dia minum susu je. Makan semua dia reject.

Cara Influenza merebak:
1. Respiratory droplets, bila orang yang ada penyakit tu batuk, selesema atau bercakap
2. Sentuh benda yang ada virus Influenza ni lepastu kita pegang pulak mulut/mata/hidung kita

In this case, maybe Daddy Maysaa yang kena dulu, pastu berjangkit dekat Maysaa. Sebab Daddy yang sakit dulu. Doctor kata "It's common and easily treated". So tak perlu risau sangat kalau adult yang kena.




Mula mula masuk double room, tapi sebab penyakit berjangkit and takde single room, kitorang masuk Isolation Room. Mummy and Daddy kena pakai mask sebab takut berjangkit dengan Maysaa.


Mengenang nasib....



Esoknya Daddy pun tak tahan sakit, terus check jugak. Memang confirm Influenza A. Kena warded jugak. So sama sama la kena warded.


Empat kali bertukar bilik. Ni bilik last. Duduk sama sama sebelah sebelah macam ni. Bestfriend sangat kan!


Daddy dapat plaster Teddy Bear, tapi kenapa Maysaa takde pun? Haha

Bukan Maysaa je kena neb. Daddy pun kena neb jugak. 



Dekat luar bilik ada warning. Semua yang nak masuk visit, kena pakai mask sebab takut berjangkit.


Bila Maysaa dah sihat sikit, mula la dia taknak duduk diam. Nak berjalan sana sini. Demam pun dah okay. Tinggal nak monitor and makan ubat je. And also takut ada lung infection sebab bahaya untuk babies. Bahaya kalau babies, orang tua, or orang yang memang ada penyakit yang teruk sebab Influenza ni boleh burukkan lagi keadaan.


Maysaa keluar kena pakai mask sebab takut berjangkit dengan orang lain dekat hospital. Tapi elok je behave tak cabut mask.




 Ni tempat favourite Maysaa. Seronok tengok benda jatuh and kutip. Berapa ringgit dah Mummy terpaksa spend kat sini...

Lepas 5 hari 4 malam lepak hospital, Maysaa and Daddy dah boleh balik! Maysaa dah sihat dah, Daddy je still kena follow up and pakai mask sebab takut orang lain berjangkit.


Thank you Columbia Asia Cheras sebab jaga Maysaa and Daddy dengan baik! Total bil untuk Maysaa almost RM4000, Daddy punya RM3000++. Nasib baik all covered by insurans.

Cara untuk elakkan Influenza ni, kena vaksin. Tapi tak wajib. Vaksin every year. It's the best protection and boleh elakkan daripada merebak. Selain daripada tu, kena berhati hati bawa baby pergi tempat public yang ramai orang, yang kita taktahu orang tu sihat ke tak. Buatnya orang yang ada penyakit pergi bersin dekat muka, haaa terus kena penyakit. And make sure jangan pegang merata rata lepastu sentuh mulut/hidung. Hand sanitizer penting! #ParanoidMum

That's all. Thanks for reading!

No comments