Hello, welcome to www.imanabdulrahim.com. You can search about any topic here :)

Kenapa saya pakai sunscreen tapi kulit makin gelap?

Pernah tak pakai sunscreen tapi kulot jadi makin gelap? Padahal sepatutnya sunscreen kan bagus untuk elakkan kulit makin gelap?





Maybe ini antara sebab sebab dia:

1. Pakai sunscreen tapi tak cukup. Seeloknya kena pakai sebanyak dua jari. Macam ni:



Kalau dia tulis SPF30 tapi pakai calit calit je sebab nak jimat, maybe cuma dapat protection SPF10, atau kurang. Sebab itu kena pakai dengan secukupnya. Dua jari untuk satu muka for extra protection.

2. Tak reapply setiap 2-3 jam. Kalau dah pakai pagi pukul 8, by pukul 10-11 dah kena reapply semula. Kalau biar je, tak reapply sampai malam, sebab tu maybe boleh jadi burn, walaupum dah pakai pagi tadi. Tengahhari dah kurang protection dah.

3. Tak tunggu 15 minutes sebelum keluar rumah kalau pakai chemical sunscreen. Sunscreen kena absorbs dulu kedalam kulit supaya dapat extra protection.

4. Ingredients dalam sunscreen tu tak sesuai untuk kulit, depends on kulit masing masing.




5. Pakai sunscreen tapi tak cukup SPF. Contohnya pakai moisturizer with SPF, foundation with SPF, semua tu maybe not enough coverage for your skin, and kulit akan jadi burn jugak walaupun you assume you dah ada protection.

Hope it helps :)

No comments