Hello, welcome to www.imanabdulrahim.com. You can search about any topic here :)

PURE HEART PROGRAM ANJURAN MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA

PURE HEART PROGRAM ANJURAN MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA 





PROGRAM PURE HEART NI APA? 
Pure Heart ni program berfasa under Muslim Volunteer Malaysia (MVM) untuk menolong dan memberi bantuan kepada warga Malaysia yang berpendapatan RM1,500 ke bawah seisi keluarga supaya dapat meneruskan kehidupan harian. Bantuan yang diberikan berbentuk bantuan barangan asas dapur dan latihan kemahiran seperti menjahit dan memasak. 

Pada tahun 2016, MVM telah tersenarai dalam 5 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) terbaik di Malaysia oleh pihak IM4U dalam Volunteer Malaysia Awards 2016 - Anugerah Perdana Menteri dengan program Pure Heart ini.

SEJAK BILA ADA PURE HEART NI? 
Program Pure Heart dah memasuki 4 tahun! Ia telah dijalankan sejak tahun 2016. Program ini akan berlangsung selama 10 bulan setiap tahun bermula Februari sehingga November.

 KOLABORASI DENGAN SIAPA?
Pure Heart MVM telah berkolaborasi dengan pihak sekolah kebangsaan di sekitar Selangor bagi mengenalpasti keluarga-keluarga asnaf untuk menjayakan program Pure Heart.

MVM juga menerima khidmat nasihat daripada pihak Zakat Selangor. Untuk program Pure Heart ni, antara sekolah yang telah berkolaborasi bersama MVM adalah Sekolah Kebangsaan Padang Jawa, Shah Alam (2016),  Sekolah Kebangsaan Puchong Utama (2017), Sekolah Kebangsaan Puchong Perdana (2018) and recently, Sekolah Kebangsaan Puchong Indah untuk tahun 2019.


SIAPA YANG LAYAK MENERIMA BANTUAN PURE HEART? 
1. Warganegara Malaysia
2. Keluarga dalam kategori keluarga asnaf yang berpendapatan sekitar RM1,500 ke bawah seisi keluarga. 


ANGGARAN PENERIMA BANTUAN PURE HEART SEJAK 2016-2019?
 2016 - Sekolah Kebangsaan Padang Jawa, Shah Alam (88 keluarga)
 2017 - Sekolah Kebangsaan Puchong Utama (200 keluarga) 
2018 - Sekolah Kebangsaan Puchong Perdana (220 keluarga) 
2019 - Sekolah Kebangsaan Puchong Indah (250 keluarga) 

Overall, seramai hampir 3,790 orang telah dibantu dalam program Pure Heart selama 4 tahun program ini berlangsung.


3 FASA BANTUAN PURE HEART 
Terdapat 3 fasa Pure Heart secara umumnya, iaitu terbahagi kepada 3 fasa iaitu fasa bantuan asas, fasa bantuan kemahiran dan fasa bantuan komitmen. 

1. FASA BANTUAN BARANGAN ASAS
Dalam fasa ini, MVM memfokuskan keperluan barangan asas kepada penerima bantuan. Kebiasaannya, penerima bantuan akan mendapat kotak Pure Heart yang mengandungi barangan asas untuk keperluan mereka selama sebulan. Bukan sahaja kepada keluarga penerima, anak-anak asnaf juga turut mendapat faedah dalam fasa ini yang berupa bantuan pendidikan dan bantuan pek permulaan sekolah 

 2. FASA BANTUAN KEMAHIRAN
Bagi memastikan asnaf mampu berdaya saing seiring dengan cabaran ekonomi, MVM telah mengambil inisiatif untuk memberi bantuan yang berbentuk skill dan kemahiran. Antara bantuan kemahiran yang disertakan termasuklah latihan kemahiran seperti memasak dan menjahit, pengisian rohani dan emosi, latihan pengurusan kewangan dan keselamatan serta lain-lain. 



3. FASA BANTUAN KOMITMEN 
MVM melihat ada antara keluarga asnaf yang mempunyai skill dan bakat tersendiri dalam menambah pendapatan keluarga mereka. Justeru, MVM berusaha untuk membantu penerima bantuan yang komited dalam memulakan perniagaan. Selain itu, MVM turut menawarkan peluang menunaikan umrah kepada keluarga yang paling komited dalam program Pure Heart sepanjang tahun. Lebih istimewa lagi pada tahun 2019 ini, MVM juga meneruskan usaha untuk membawa keluarga asnaf untuk mengerjakan ibadah umrah. Bantuan umrah ini akan diberikan kepada satu pasangan keluarga asnaf yang memberi komitmen penuh sepanjang program Pure Heart.


 APA BEZA PURE HEART 2019 DENGAN TAHUN TAHUN SEBELUM NI?
a) Kempen Lunch Box Junior 
MVM telah menambah 2 lagi inisiatif bantuan khas yang berbeza pada tahun ini kepada anak-anak keluarga asnaf. Inisiatif tersebut ialah tajaan kelas tambahan dan juga bantuan keperluan asas persekolahan seperti bekas makanan, dan botol minuman dalam kempen Lunch Box Junior. 

b) Kempen Dapur Berasap, Keluarga Bahagia 
Selain itu, satu lagi kempen baru dalam Pure Heart yang dicadang oleh MVM  iaitu Dapur Berasap, Keluarga Bahagia. Kempen ini membuka peluang kepada orang ramai untuk bersedekah barangan asas dapur dalam bentuk fizikal kepada keluarga asnaf terutamanya yang berada di sekitar Lembah Klang dan Selangor. Antara barangan asas yang diperlukan ialah beras, minyak masak, gula, kicap dan sos cili. 

Orang awam boleh menghantar barangan asas dapur tersebut ke alamat berikut:  
Pusat Tuisyen Salam MVM, Puchong Prima
Waze : K3 Farmasi / Luni Collection
 Landmark : Berdekatan stesen LRT Puchong Prima
Boleh hubungi 012 235 6854 (Azizi) untuk pertanyaa lanjut. 

c) Kempen Wakaf Buku Si Cilik
Februari 2019 ini, MVM juga turut mengadakan satu kempen khas untuk Pure Heart yang bertajuk Wakaf Buku Si Cilik. Kempen ini bertujuan untuk memupuk minat membaca seterusnya menjadi hobi si cilik di sekolah. Kempen ini dibuka bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk menyumbang pelbagai jenis buku terpakai bagi kegunaan murid-murid terutamanya anak asnaf di sekolah. 

Orang awam boleh mewakafkan buku-buku terpakai yang sesuai untuk pelajar sekolah rendah seperti buku latihan, kamus, buku agama, buku cerita kanak-kanak atau Al-Quran dan muqaddam. 

Lokasi untuk hantar / pos buku-buku tersebut di HQ Muslim Volunteer Malaysia
Waze : Muslim Volunteer Malaysia
Alamat : 12-1 Jalan Merbah 2, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor.
Boleh hubungi Azizi 012 235 6854 untuk pertanyaan lanjut.

MACAM MANA NAK JOIN BERSEDEKAH UNTUK KELUARGA ASNAF PURE HEART?
 Orang ramai boleh membantu untuk menaja barangan asas dapur dan keperluan harian untuk keluarga asnaf Pure Heart. Barangan bantuan ini akan dibungkus dalam kotak Pure Heart khas. 



Jenis barangan bantuan adalah seperti berikut: 
1. Barangan asas dapur seperti beras, minyak masak, gula, kicap, sos cili/tomato
2. Barangan memasak atau makanan tambahan seperti rempah ratus, perisa, jus kordial dan lain-lain
3. Kit kebersihan seperti sabun, shampoo, berus gigi dan lain-lain. 

Maklumat tajaan:
1 Tajaan Kotak Pure Heart = RM80 untuk 1 keluarga.
Sasaran = 250 keluarga
Jumlah sasaran = RM20,000 / sebulan atau RM200,000 / 10 bulan 

Tajaan Sebulan: 
1. Tajaan Barangan Asas 1 keluarga = RM80 sebulan 
2. Tajaan Barangan Asas 3 keluarga = RM240 sebulan 
3. Tajaan Barangan Asas 6 keluarga = RM480 sebulan 
4. Tajaan Barangan Asas 10 keluarga = RM800 sebulan 

Tajaan Setahun (10 bulan):
1. Tajaan Barangan Asas 1 keluarga = RM800 untuk setahun 
2. Tajaan Barangan Asas 3 keluarga = RM2,400 untuk setahun 
3. Tajaan Barangan Asas 6 keluarga = RM4,800 untuk setahun
4. Tajaan Barangan Asas 10 keluarga = RM8,000 untuk setahun 

Anda juga boleh menyumbang terus ke website donation MVM : www.donation.mvm.org.my


PENAJAAN KORPORAT
Untuk urusan penajaan korporat atau tajaan lain-lain, boleh hubungi wakil MVM 012 235 6854 atau email fund@mvm.org.my. 

FOR MORE DETAILS
Hubungi Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia
Tel: +603-8074 0434 / 012 235 6854