Hello, welcome to www.imanabdulrahim.com. You can search about any topic here :)

How to reduce acne scars?

Macam mana nak kurangkan parut jerawat dengan skincare?




First of all, kena tahu dulu parut jerawat tu yang gelap atau yang merah. Yang gelap/brown biasanya dipanggil Post Inflammatory Hyperpigmentation (PIH) and yang merah merah tu Post Inflammatory Erythema (PIE).

Yang paling basic untuk kedua dua parut jerawat ni, kena ada basic skincare routine. 




1. Cleanser
First, kita kena ada cleanser. Fungsi cleanser untuk cuci muka dan nak bagi muka bersih. Macam mana nak pilih cleanser yang sesuai? Boleh baca kat sini: How to choose a facial cleanser?

2. Hydration / Moisturizer
Apa beza hydration and moisturizer? Basically hydration untuk tarik air kedalam kulit, moisturizer untuk lock segala air tu kat dalam kulit supaya dia tak lari. Hydration sangat penting supaya skin barrier kita tak terganggu and kulit nampak lagi anjal toink toink.

3. Sunscreen
If you've read my blog and still tak pakai sunscreen, I don't like you! Sunscreen lah yang paling utama kena pakai. Paling wajib.

Boleh baca about sunscreen kat sini, kenapa kena pakai: Sunscreen 101

Lepas dah settle yang basic, barulah kita boleh pergi ke langkah seterusnya. Kalau tak settle lagi basic, stop here and continue bila basic dah ada, okay? :P

Vitamin C serum
Bukan Vitamin C yang makan tu ye. Ni Vitamin C serum untuk apply dekat kulit. Vitamin C serum ni best untuk kulit yang kusam, tona tak sekata and nak nampak glow. Kalau ada acne scars, pigmentation, jeragat pun best, tapi kena pastikan cari yang higher % lah. Kalau low % takut lambat nak nampak improvement.

Antara forms of Vitamin C:
1. Ascorbic Acid (L-AA) - Yang paling elok and well researched. 
2. Magnesium Ascorbyl Phosphate
3. Ascorbyl Acid

Untuk brightening, 5% dah okay. Kalau untuk kurangkan acne scars, maybe kena ambil higher % macam 15-20% macam tu. Tapi higher % might be a bit pedih sikit. Yang I pernah guna, Klairs, 5% LAA. Review kat sini: Klairs Freshly Juiced Vitamin Drop Review




Post Inflammatory Erythema (PIE)

1. Soothing ingredients
Untuk PIE yang warna merah merah tu, elok cari product yang ada soothing properties. I pernah share about soothing ingredients dekat instagram:








Post Inflammatory Hyperpigmentation (PIH)


Untuk PIH, kita kena cari ingredients yang boleh singkirkan sel kulit mati supaya sel sel yang baru akan keluar and pudarkan parut jerawat yang gelap tu.

1. Exfoliate using AHA
AHA ni ada banyak jenis, antaranya Glycolic Acid, Lactic Acid, Mandalic Acid. Sama macam Vitamin C serum, it depends on the %. Kalau % rendah, maybe lambat nak nampak kesan. Tapi % tinggi, mungkin akan buat kulit rasa pedih kalau tak sesuai.

Yang I pernah try, glycolic acid yang ada dalam Pixi Glow Tonic, reveiw here: Pixi Glow Tonic Review

And also The Ordinary Lactic Acid 5%, review here: The Ordinary Lactic Acid 5% + HA Review


2. Brightening ingredients
Brightening ingredients ni produk produk yang boleh buat kulit nampak lagi berseri and glowing, sekali gus boleh hilangkan parut jerawat.

Antara brightening ingredients:
1. Arbutin
2. Niacinamide
3. Kojic Acid
4. Fermented Rice
5. Galactomyces
6. Licorice Root Extract

Bila nak beli skincare tu, tengoklah ingredients. Cari yang ada ingredients macam kat atas ni.




Yang paling penting, elakkan guna home remedies macam sapu lemon atau baking soda dekat muka. Read here: BENDA YANG PATUT DIELAKKAN UNTUK KULIT MUKA

Skincare kena banyak bersabar dan jangan giveup sebab nak lambat nak nampak hasil. Mungkin 6-12 bulan baru nampak improvement. Kalau nak cepat, ready je lah duit and pergi lah buat laser.

Kalau dah beli skincare baru, jangan terus tempek dekat muka okay? Buat patch test dulu. Cara untuk patch test: https://www.imanabdulrahim.com/2017/10/patch-test.html

That's all. Hope it helps and thanks for reading!

No comments