SKINCARE 101: SHEET MASK

Today, I am going to share the frequently asked questions about sheet masks.






Apa beza sheet masks, face masks, sleeping masks etc?
Face mask ialah apa apa mask yang kita letak dekat muka. Boleh jadi sheet mask, sleeping mask, clay mask etc.

Sheet mask, well, dia sejenis lembaran (yes I google translated the word "sheet") and tempek dekat muka.

Like this:


(Image from google)

So, right now, just imagine, I am talking about this kind of sheet masks.

Okay?

Good. Now, sheet masks ada banyak jenis material yang dia guna. Normally, it's microfibre / cotton. Paling murah, paling senang nak dapat, paling banyak yang dijual.

There's also bio-cellulose mask, which I pernah review here: bliv Nano Bio-Cellulose Mask Review, hydrogels, knitted, etc etc tapi semua tu I tak pernah try lagi.

Bila nak pakai sheet masks?
Bila bila boleh. Nak pakai pagi pun boleh, malam pun boleh. Lepas dah cuci muka and pakai toner, boleh la apply sheet mask ni.

Berapa lama kena pakai sheet masks?
Depends on arahan dekat belakang / plastic sheet mask tu. Ada yang 15-20 minutes. Nak pakai sampai 30 minutes pun boleh je. Asalkan jangan pakai lepastu bawa masuk tidur lah. Set timer dekat phone.

Kenapa tak boleh pakai bawa tidur?
Sebab bila sheet mask tu kering, it will suck all the moisture dekat kulit. Buat kulit bertambah kering. Seeloknya ikutlah arahan dia.



Boleh ke simpan sheet mask yang dah pakai tu? Sayang lah baru guna sekali.
Jangan reuse please. Kalau essence dia stil ada, sapu dekat leher, siku, kaki, supaya tak membazir. Kalau still ada banyak lagi essence dia, try rendam compressed sheet masks dekat lebihan essence tu.

Compressed sheet mask tu apa?
You can read about it here: MUJI vs Daiso Compression Mask - Dia mask yang kita boleh celup essence kita sendiri. Nak DIY pun boleh. 

Kenapa saya pakai sheet mask, rasa pedih? Normal ke?
Maybe ada ingredient yang tak sesuai dengan kulit. Check balik ingredients. Pergi bilas kalau pedih or naik merah merah.

Boleh ke pakai sheet mask setiap hari?
Boleh je kalau untuk hydrating / moisturizing / calming. Kalau Acne control / lifting / brightening etc, selang sehari pun ok jugak kalau rasa too much.

Kalau dah pakai sheet mask, kena pakai lagi ke serum / essence / toner?
Nak pakai pun boleh, taknak pakai pun takpe. Dua dua boleh. Pakai segala toner/essence/serum lepastu baru apply sheet mask untuk lock everything. Then, remove the sheet mask and apply moisturizer.

Kena bilas ke lepas pakai sheet mask?
Noooooo. Jangan bilas. Rugi segala essence yang dah tempek tu. Kalau rasa melekit sangat, just lap pakai cotton pad.





Other tips: 
Put it the fridge. I suka the soothing effect, rasa sejuk bila apply dekat muka

My fav sheet masks:
1. SEP - Review: SEP JEJU MASK PACK REVIEW
2. Innisfree
 Other sheet masks review: label/sheetmask


Thanks all. Thanks for reading!


(Disclaimer: This is not a paid/sponsored review. I bought all the products using my own money. Every skin is different. What works for me, might not work for you. This is just my personal experience)


3 comments

  1. yang melekit tu yang taktahan tu, geram je rasa nak bilas haha. sep pun fav sha jugak!

    ReplyDelete
  2. kadang2 ada sheet mask yang saya pernah pakai menyebabkan kulit muka saya rasa pedih...maybe betullah ada ingredient kat mask tu yang tak sesuai dengan saya...setakat ni innisfree punya yang paling ok :)

    ReplyDelete
  3. What is your opinion about blackhead remover mask like bioaqua activated carbon?

    ReplyDelete