Hello, welcome to www.imanabdulrahim.com. You can search about any topic here :)

Pengalaman Bersalin 2.0


Second delivery journey




Hi! After more than 2 months, baru rasa ok sikit nak update about my second delivery journey. Kalau tak, asyik teringat sakit. Now dah okay sikit haha. Kalau nak baca pengalaman bersalin yang Fisrt, boleh baca kat sini: https://www.imanabdulrahim.com/2017/03/pengalaman-bersalin.html

Pregnantkan Imaan Muniraa ni tak teruk sangat. Mabuk takde, muntah pun very minimal. Penat penat and sakit badan tu biasalah. Her due date was 28/2/2020 (40weeks) tapi I memang dah set mind nak bersalin 37weeks sebab I cam penat sikit and of course lah sebab tak sabar nak jumpa baby. So please keluar by 37 weeks tau! 

I dah siap tanya doctor, kalau 37 weeks tu saya nak induce boleh tak? Amboi mestilah tak boleh suka hati je unless doctor yang advice. Time 36weeks, I dah start buat exercise kononnya nak senang bersalin, beli gym ball pastu bounce lah atas tu. Makan buah kurma everyday. 

8/2/2020 (Sabtu) 
Dah masuk 37weeks. Sepatutnya harini ada checkup tapi postponed esok. So I decided untuk jalan jalan dekat Sunway Pyramid. Nak beli barang sikit untuk celeberate birthday Maysaa esok. Dan juga sebab orang kata kalau jalan banyak banyak untuk induce naturally. So berjalan la sampai ke malam sebab nak cepat sikit bersalin. Tapi takde apa apa benda pelik dan sakit pun yang berlaku. 

9/2/2020 (Ahad) 
Birthday Maysaa. Small celebration with the family je. Sambil tu dah siap minta semua doakan kejap lagi checkup, minta minta doctor bagi bersalin awal. Tapi kalau tak boleh pun takpe. Kalau tak bersalin jugak, next weekend dah siap ajak husband I kita pi pusing Taman Saujana Hijau kat Putrajaya ni, mana tau boleh buat last maternity photoshoot kononnya. 


 


Lepas dah habis semua family balik, nak bersiap pergi hospital untuk appointment. Tengah nak bersiap, ada bloody show. Macam lendir berdarah tapi tak banyak. Dia punya happy tu sebab ni tanda tanda bersalin ni! Tak ada sakit lagi time ni. 

2.30PM sampai hospital and tunggu turn lama jugak, almost dua jam sebab orang ramai. Bila pergi toilet, ada bloody show lagi. 

Pukul 4.30PM baru dapat jumpa doctor. Scan semua ok. Lepastu cerita ada bloody show tapi tak sakit. Mula mula doctor tanya, “Awak nak balik dulu, nanti sakit baru datang atau awak nak saya check bukaan?”. Wahhh seram ye seluk check bukaan dah berapa cm. 

Tapi takpelah I relakan diri untuk di check. Rupanya dah 3-4cm dah! 

Terus kena admit ward. Salin baju semua and rehat rehat dulu. Tak sakit pun time ni. 

Maysaa pun salin baju lagi sebab baru habis celebrate birthday dia. Nasib baik hospital bag semua dah siap packing, tak ada lah gelabah sangat.

Tengah manja manja dengan Mummy sementara tunggu family semua datang. 


Lepas solat maghrib dengan isyak terus in case tak sempat nak solat, dah mula rasa sakit sakit macam senggugut. Tak teruk sangat tapi rasa nak duduk diam diam je lah.

 Pukul 9PM doctor datang check progress and boleh masuk labour room dah.

DALAM LABOUR ROOM


Dalam labour room ni, nurse dah prepare semua, tanya baby girl ke boy, and nurse siap bacakan doa semua. 

I requested for epidural sebab lepas bersalin Maysaa haritu, next baby memang I nak epidural. Sakit contraction memang tak tahan. My husband siap takutkan yang epidural sakit, jarum panjang etc. So dah prepare for the worst, bila kena cucuk tu takde lah rasa teruk sangat. Ok je :P 


Macam ni lah contoh epidural tu.


Pukul 11.30PM, doctor datang untuk pecahkan air ketuban. Nurse cakap kalau rasa nak terbuang air besar, inform. I pulak asyik dok tengok jam, sempat ke ni bersalin sebelum pukul 12 sebab boleh la birthday sama dengan Maysaa.


10/2/2020 (Isnin)

Around pukul 12.30AM, I terasa macam nak meneran so panggil nurse. Tapi belum lagi so kena relax jap. 

By the way epidural tu time contraction je tak sakit sangat, tapi I still feel everything under there bila baby dah dekat bawah. Time teran, it’s waaayyyy different from bersalinkan Maysaa. Time Maysaa, I tak rasa apa apa dah under there, maybe sebab time contraction sakit sangat so I just want to get it done and over with. But this time, baru start rasa sakit nak meneran so whewwww, I felt everything. Rasa seketul kepala keluar. Tu yang trauma sikit tu hahaha.



Alhamdulillah 1.27AM, 10/2/2020, selamatlah Imaan Muniraa keluar. Lepas meneran tu terus rasa penat nak pengsan. Penat yang teramat sangat sampai rasa nak tidur je. For me, time Maysaa rasa trauma sebab sakit contraction and duduk labour room daripada pagi sampai petang. Penat menahan sakit. Yang Muniraa pulak, kejap je tapi trauma sebab rasa everything time dia nak keluar. Fuhhhh yang third one taktahu lah macam mana pulak.... (Wow dah fikir nak yang ketiga ye).

Okay sekian cerita pendek bersalinkan Imaan Muniraa <3