Hello, welcome to www.imanabdulrahim.com. You can search about any topic here :)

Showing posts with label bantuan perkahwinan selangor. Show all posts

Insentif Perkahwinan Belia Selangor

Since kitorang kahwin dulu masa belajar (2015), saja lah google, ada tak any insentif or elaun yang dapat kalau kahwin (amboi gatai nya), lepastu jumpa Insentif Perkahwinan Belia untuk orang Selangor. RM500 sorang okay! Terus semangat nak apply :P

Insentif Perkahwinan Belia Selangor
Insentif Perkahwinan Belia Selangor

Yang ni ambil dekat Pejabat ADUN Kajang.

Syarat-syarat untuk dapatkan Insentif Perkahwinan Belia Selangor (dari website sini):

1. Terbuka kepada semua kaum.
2. Tiada sebarang had pendapatan.
3. Lahir di Negeri Selangor atau telah bermastautin di Negeri Selangor selama 10 tahun (perlu pengesahan ADUN / Penghulu / Pengerusi JKKK / Pengerusi Taman).  - Kitorang tak lahir dekat Selangor, tapi menetap dekat Selangor lebih 10 tahun. Nikah pun, tak nikah dekat Selangor.
4. Perkahwinan kali pertama sahaja. - Jangan nak mengada ngada kahwin banyak kali sebab nak dapat insentif ni okay, tak dapat bro
5. Pengantin lelaki atau perempuan tidak melebihi usia 35 tahun semasa tarikh bernikah atau pendaftaran.
6. Permohonan hanya terbuka kepada perkahwinan / pernikahan / berdaftar pada tahun SEMASA.
7. Sah laku permohonan dalam tempoh 3 bulan bermula dari tarikh nikah (bagi pasangan Islam) atau tarikh daftar perkahwinan (bagi pasangan bukan Islam). -Dah lepas tiga bulan, tak boleh apply tau, kena within 3 bulan dari tarikh nikah!

What we did was, lepas nikah, terus bukak Akaun Tabung Haji (kalau takde lagi) sebab duit insentif ni masuk dekat Tabung Haji. Jangan lengah lengah okay!

Lepastu prepare documents untuk Insentif Perkahwinan Belia Selangor:
1. Salinan IC
2. Sijil nikah
3. Salinan front page buku Tabung Haji
4. Salinan sijil berhenti sekolah (sebab nak make sure betul betul duduk Selangor dah 10 tahun)

And then salinan and borang ni semua kena disahkan tau, so kitorang pergi jumpa pengerusi taman kawasan kitorang untuk dia cop. Lepastu borang semua hantar dekat pejabat ADUN kawasan korang pun takpe. Sila google kat mana pejabat ADUN kawasan sendiri.

Duit masuk lambat jugak lah, almost 6 months macam tu baru masuk Insentif Perkahwinan Belia Selangor ni. But at least dapat lah kan. Mohon menunggu dengan sabar :)

*Insentif Perkahwinan Belia Selangor ni one off payment tau, bukan elaun bulanan dapat setiap bulan RM500 amboi amboi seronok nya kalau setiap bulan dapat elaun macam ni hehe