Hello, welcome to www.imanabdulrahim.com. You can search about any topic here :)

Apa nak buat sebelum beli skincare?


Apa nak buat sebelum beli skincare?




Hi girls (and guys!). Dalam keghairahan korang nak try skincare, dan beli macam macam skincare sebab rasa nak try dan mudah terpengaruh, apa kata korang sabar kejap, dan reflect dulu diri sendiri, perlu ke beli? Dan sebelum beli, buat dulu perkara perkara ini. Okay?


1. BACA REVIEW DULU
First of all, baca reviews dulu. Good reviews, bad reviews, semua kena baca? Jangan lah harapkan testimonials daripada penjual product ataupun details daripada website sahaja. Google and search segala reviews and feedback. Yang baik, yang buruk, semua baca dulu, baru buat keputusan.

2. KNOW YOUR SKIN
Tahu apa jenis kulit, apa keperluan kulit, apa yang kulit korang okay ke tak. Kalau nak tahu macam mana nak check jenis kulit sama ada oily, dry, combination atau normal, boleh click disini.

Contohnya product tu jenis cream, dan anda seorang yang mempunyai kulit yang berminyak. Baca balik sama ada sesuai atau tak, takut beli and pakai, jadi melekit pulak. Maybe kawan korang tu kulit jenis kering, memang dia suka guna tapi korang jenis kulit yang berminyak, takut tak sesuai.

Check juga sama ada kulit korang perlu atau tidak. Contohnya serum untuk brightening (mencerahkan kulit) tapi kulit anda sedang breakout dan lagi sesuai pakai serum yang ada ingredients yang untuk "soothing" atau "calming" bukan cari product untuk "brightening".

Ataupun product tersebut ada alcohol dan kulit and jenis sensitive dengan alcohol, kalau pakai produk yang ada alkohol, kulit korang jadi kering. So avoid lah beli product tu. So sebelum beli tu, check semula sama ada agak agak sesuai atau pun tidak?

3. READ THE DETAILS OF THE PRODUCT
Jangan lah beli product kalau korang tak tahu bila nak pakai, macam mana nak pakai, or korang memang tak tahu kenapa pun korang beli in the first place. Kenapa beli cleanser? Sebab kita nak cuci kulit bagi bersih. Jangan lah letak high expectation dan membayangkan cleanser mampu memulihkan kulit 100%.

Check pakaging dia macam mana, korang minat atau tak? Korang lagi suka toner jenis spray atau tuang? Serum dalam dropper atau pump? Moisturizer dalam jar atau tube? Semua tu kena ambil tahu. Check juga size dia besar mana? Cleanser 30ml atau 100ml? Nanti korang bayangkan cleanser besar, yang sampai cuma size lip balm. Kan dah kecewa dan rasa ditipu. Bayangkan moisturizer size besar tapak tangan, yang sampai cumalah sebesar ibu jari. So, semak baik baik.

4. CHECK THE EXPIRY DATE
Yang ini juga penting supaya korang tak beli product yang dah nak expired. 

5. TRY THE SAMPLE FIRST
Kalau product tu harga dia agak mahal, try cari sample dulu untuk try. Supaya taklah membazir kalau tak sesuai. Sekarang ada banyak sample atau trial size dipasaran dan harganya tak lah mahal sangat. Try dulu, baru tahu.

Sekian sahaja perkongsian hari ini. Semoga ianya membantu dan terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca <3