Hello, welcome to www.imanabdulrahim.com. You can search about any topic here :)

Pengalaman Menaiki Shinkansen di Japan








WHAT IS SHINKANSEN?
Shinkansen ni train berkelajuan tinggi atau lebih dikenali dengan nama bullet train. Kelajuan dia boleh mencapai 320km/h. Laju gila kan? Dah lah memang train ni punctual.






I naik daripada Osaka (Shin-Osaka Station) to Tokyo (Tokyo Station) which is the Tokaido Shinkansen line.

Ada tiga train categories dekat Tokaido Shinkansen line ni.
1. Nozomi
2. Hikari
3. Kodoma

Boleh tengok setiap train ni stop dekat station mana:

I naik Nozomi, the fastest train and dia ada 4 stops sebelum sampai Tokyo. Dalam dua jam setengah, dah sampai dah Tokyo Station. Kalau naik Hikari, slow sikit. Dalam tiga jam baru sampai Tokyo. So kita ambil yang paling laju sebab nak cepat sampai :P



CARA CARA BELI TIKET SHINKANSEN

I dah beli siap siap tiket Shinkansen from Malaysia once dah confirm itinerary, bila nak pergi Tokyo from Osaka. Before fly lagi, I dah make sure I beli apa yang perlu so tiket Shinkansen ni salah satunya. Nanti karang macam mana nak pergi Tokyo from Osaka tu. Bukannya dekat!
Beli tiket Shinkansen kat sini: KLOOK Shinkansen Bullet Train Ticket

Kalau tak pernah guna Klook, korang boleh register kat sini: Register Klook

Untuk first time user, korang boleh guna code: NEWTOKLOOK and dapat 20% OFF.

And jangan lupa guna Shopback tau, boleh dapat cashback! Kalau tak register Shopback lagi, boleh register kat sini: Register Shopback and get RM5 FREE!


Lepas beli daripada KLOOK, you will get the confirmation email. Dekat KLOOK ni korang boleh pilih tarikh je dulu tau. Children age 0-5 boleh naik for FREE kalau takde seat sendiri. Tapi kalau dah besar tu, tak larat nak riba, boleh la belikan seat sendiri untuk diorang.




CARA REDEEM TIKET SHINKANSEN

Okay lepas dah landed dekat Kansai Airport Osaka, korang terus pergi dekat sini untuk ambil Exchange Order:
HIS counter (1/F) next to the Northern Exit in the International Arrival Hall
Opening hours: 8:30am-10:00pm

Lepas keluar daripada Arrival Hall tu, korang akan nampak lah counter ni. Senang je nak cari. Tunjuk voucher korang daripada KLOOK and they will give the Exchange Order. Tapi kat sini tak boleh pilih masa and train lagi tau. I pun pening gak time tu tapi follow je lah.


Okay ni kaunter untuk redeem Exchange Order tu.


Ni Exchange Order, belum tiket sebenar lagi.

Lepastu, pergi ke Shin-Osaka Station untuk redeem the actual Shinkansen tiket. Tak susah pun nak cari kaunter dia. Ikut je signboard. Lagipun kitorang memang stay area Shin-Osaka Station and nanti naik Shinkansen from station sini. Opening Hours: 5:30am-11:30pm

Pergi kaunter, tunjuk Exchange Order, lepastu pilih lah nak pukul berapa, nanti dia bagi seat number. Ingat seat number ni and jangan lambat pulak pergi station. Kitorang ambil pukul 8.10AM. Oh ye, kat sini kitorang tanya, "Can you speak English?", terus dia geleng. Cuak sis. Nasib baik faham lah jugak sebab dia tulis so kitorang pun agak agak je lah maksud dia apa. Nasib baik betul.

Jenis seat: Green seat (first class, ada extra charge), Ordinary Class Reserved, Non-Reserved. Untuk KLOOK, kita just beli Ordinary Class Reserved je. Kalau andaikata lah, korang terlepas pukul 8.10AM ni, KLOOK tak bagi refund tapi korang boleh naik next train, duduk dekat non-reserved seat. Tapi masalahnya untuk Non Reserved ni, kalau tak dapat seat, kena berdiri sepanjang journey. Berdiri 2 jam setengah, anda sanggup? So silalah datang awal awal supaya tak terlepas train.

Yay dah siap proses tiket Shinkansen.




CARA NAIK SHINKANSEN


Disebabkan kitorang ambil the first train, kena lah bersiap and check out awal daripada hotel. Hotel dengan train station cuma 10mins walk tapi nak dijadikan cerita, pagi tu hujan. Terpaksa la pergi beli payung kejap sebelum meneruskan perjalanan sambil seret bag (sila bayangkan situasi seret bag sambil pegang payung meredah hujan dan sedikit lari lari anak sebab takut lambat). Drama sikit ye.


Dah sampai train station, ada satu lagi masalah. Tak tahu platform yang mana satu. Salah naik platform, sila turun balik and naik platform yang betul. Padahal boleh je check dekat dekat screen tau. Tapi malangnya kitorang dah menggelabah takut tertinggal train. PENGAJARAN DI SINI: Sila jangan gelabah and relax, tengok betul betul nombor train and platform berapa train tu dekat screen ye.

Nasib baik semua station memang ada escalator. Kalau tak, sambung nangis sambil angkat bag naik tangga. Pengsan dulu agaknya.

Ok, dah naik ke platform yang betul, dah check YES INI DIA TRAIN SAYA, kena check pulak car nombor berapa. Car ataupun gerabak tu semua ada number ye. Jangan salah car. Dah masuk car yang betul, cari lah pulak seat masing masing. Alhamdulillah tepi tingkap. Barulah boleh melepaskan lelah segala drama tadi yang berlari dalam hujan seret bag, kemudian salah naik platform, berlari check car number. Hampir hampir terlepas train ye.


Sis mengah.


Ni keadaan dalam train. I dah tak larat nak ambil gambar kerana kepenatan haha. Toilet ada, wifi pun ada. Tak sempat nak boring. Nak tidur sepanjang perjalanan pun takpe. Luggage letak dekat kaki je, ruang kaki luas jugak. Overall selesa lah.


Alhamdulillah selamat sampai Tokyo Station.


Kalau ada peluang, korang pun try lah jugak naik Shinkansen! Tapi make sure sampai awal tau, barulah boleh bertenang sikit :)

Semoga membantu and thanks for reading!