Hello, welcome to www.imanabdulrahim.com. You can search about any topic here :)

H&M Malaysia online shopping review

H&M Malaysia sekarang dah boleh shopping online! 

Hari tu dapat email ada sale. Dah lah ada sale lepastu + free shipping. Memang kena try lah ni.

#MudahTerpengaruh




Tapi beli seluar Maysaa je. Bukan beli untuk diri sendiri pun.


Masuk dalam cart, then Proceed To Checkout. Delivery free. Normally RM24.90.


Isi segala Personal Details


Lepastu buat payment. Setakat ni boleh buat payment pakai Credit Card je. 

Harapnya lepasni ada lah option untuk Debit Card, online banking etc etc


Okay siap dah order! Nanti dia bagi email.

Okay order dah confirm. Dekat website dia tulis Expected Time Arrival, 4-7 working days. Okay. (Tu atas tu dia ada mention). Order ni 12th May (Jumaat).


On 14th May (Ahad), dia hantar email, dah on it's way dah.

Dia kata tunggu 24 jam kalau nak track. 17th May (Rabu), I try tracking, tak dapat.
Entah apa entah yang dia tulis ni.

Takpe. Kita tunggu.

Dah seminggu asyik tracking tak dapat, 24th May (Rabu) I hantar email dekat customer service. Jumaat baru dia reply ok.


Okay, faham. Ada delay sebab baru launch, ramai yang shopping. Tapi takkan nak track pun tak boleh?

Dah masuk hari ke 14 sejak order hari tu kot. Tak ada berita apa pun.

Petang sikit, dapat email.

Dia kata dah should be delivered?

So I try track

Okay dah on the way. Harini baru boleh check??? Slow betul.

Lepastu saja check luar pintu rumah. Dah terselit dah parcel. Bila masa pulak dia sampai?? Pastu main selit selit je dekat pintu ni??

Suka hati lah, asalkan sampai. Walaupun setelah dua minggu. Padahal awal awal cakap 4-7days je. Harapan palsu!


Sampai pun seluar Maysaa :)


Overall, okay lah. Website senang nak navigate and faham. Payment senang tapi boleh pakai credit card je. Cuma nak tunggu barang sampai tu lama! Dua minggu dari hari order. Tapi biasalah sebab direct from UK.

P/S: Tadi I check, still ada offer untuk free delivery.

Thanks for reading!

*Not a sponsored post tau, ni beli guna duit sendiri sebab saja nak try