Skincare 101: Alcohol in skincare

ALCOHOL DALAM SKINCARE. Elok ke tak? 

Kalau dalam dunia skincare, alcohol ni salah satu ingredient yang banyak kontroversi.





Ni bukan pasal halal ke haram. Alcohol dalam skincare, boleh guna. Boleh rujuk website Mufti Wilayah Persekutuan: here. Tapi perbincangan about alcohol swab and perfume yang ada alcohol. "Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan." Alcohol yang guna dalam skincare ni sintetik and bukan dihasilkan daripada proses pembuatan arak.

Alcohol yang dibincangkan disini: 
1. SD Alcohol (Ethanol)
2. Alcohol Denat 
3. Isopropyl Alcohol 
4. Methanol


Apa benefit alcohol dalam skincare and kenapa ada kena ada alcohol skincare?! 

1. It is a great solvent. Nak campurkan and larutkan ingredients dalam skincare kita. 

2. Supaya product cepat absorb ke dalam kulit and skincare kita tak thick sangat. Contohnya macam sunscreen, normally ada alcohol sebab nak cepat serap and tak melekit. Kalau tak ada alcohol, product susah nak absorb and rasa melekit je atas kulit.

3. Astringent. Buat kulit jadi ketat and tegang. Dia mengeringkan kulit. Banyak dalam toner and orang yang oily skin suka sebab buat kulit jadi kurang berminyak. 

4. Antimicrobial. Acne skin suka sebab boleh elakkan bacteria and sometimes as preservative juga.




Kenapa orang kata alcohol tak elok? 

1. Alcohol mengeringkan kulit. Kalau oily skin pakai, memang lah jadi ok sebab rasa kulit jadi kering. Tapi lepastu dia akan hasilkan lagi banyak minyak sebab anggap kulit dah kering. So, kulit jadi lagi berminyak. Kalau orang yang dry skin pakai, lagi lah rasa pedih.

2. Kalau selalu guna, our skin barrier boleh terganggu and jadi pedih. Bila skin barrier terganggu? Kulit akan jadi dehydrated and breakout sana sini.

Alcohol should not be applied alone tapi kalau dah combine dengan ingredients lain, it depends on how your skin react. Lagi satu, kita tak tahu ada berapa banyak alcohol yang ada dalam product tu.

Paling senang nak tahu? Check kedudukan dia dekat mana. kalau top 5 tu, maybe high % jugak. Kalau dekat hujung hujung ingredients tu maybe sikit je %.



Good alcohols?
Tak semua alcohol tu tak elok. What about other alcohols? Normally dia dipanggil fatty-alcohols. Dia tak mengeringkan and itn fact, bagus untuk kulit especially kulit kering sebab dia buat kulit jadi lagi lembut and lock segala hydration.

Contoh good alcohols?
1. Cetyl alcohol
2. Stearyl alcohol
3. Cetearyl alcohol

Another alcohol is aromatic alcohol. Contoh yang paling common, Benzyl Alcohol. Function dia sebagai preservative atau buat product bau sedap sikit.





My thoughts on alcohol (drying alcohol)? 

1. Avoid alcohol if you have dry / dehydrated / sensitive skin. Also read: Ingredients to avoid for sensitive skin

 2. I akan try to avoid alcohol dalam toner atau essence sebab sometimes I rasa pedih. Lepas cuci muka, I want something yang hydrating.

3. Sunscreen / face mist yg alcohol % tak tinggi sangat, kulit I ok je. Maybe sebab dah pakai hydrating toner and moisturizer sebelum pakai sunscreen so tak rasa pedih sangat. Contohnya Cosrx Aloe Suncream (Review here) ada alcohol tapi bukan top 5 ingredients and I don't feel it's drying at all.  Kalau alcohol top 5 ingredients, maybe pedih jugak. Tengoklah product apa.

4. Sebenarnya, depends on kulit masing masing. Kalau product tu ada alcohol tapi ada banyak jugak hydrating and moisturizing ingredients, mungkin tak ada masalah. So, rajin rajin lah check ingredients dekat product yang kita guna tu.

That's all. Thanks for reading :)

No comments