Hello, welcome to www.imanabdulrahim.com. You can search about any topic here :)

Tips buat resume untuk fresh grad

Follow my blog with Bloglovin



Apa nak tulis dalam resume?


1. Personal details

For me, personal details yang penting dalam resume ni cuma phone number and email je. Alamat rumah, alamat IC, tarikh lahir ni semua macam tak ada kaitan. Kalau dah diterima kerja nanti baru lah kita bagi segala details yang perlu. Tapi ada juga yang letak alamat IC and alamat rumah sebab mana lah tahu dia IC Kedah, majikan pun orang Kedah, terus dia rasa "eh nak hire lah budak ni sebab duduk sekampung". Kalau alamat rumah, senang majikan nak tahu rumah dia dekat tak dengan office. Hire orang yang memang dah duduk dekat dengan office lagi senang, tak perlu redah traffic jam. So personal details ni suka hati lah nak letak apa. I letak number phone & email SAHAJA.

2. Academic Qualification

Letak nama institusi, lokasi, tahun bila, nama sijil, result / final CGPA. Untuk fresh grad, letak sampai result SPM cukup. Tak perlu letak PMR, UPSR. Tak perlu.

Contohnya:

International Islamic University Malaysia, Gombak (2012-2016)
Bachelor of Engineering (Electronics-Computer Information)
Final CGPA: 3.00/4.00

Letak sekali major courses yang korang score / dapat A (kalau perlu / ada kaitan dengan kerja), contohnya apply kerja Software Engineer,  letak lah major courses "Programming, Algorithm".

3. Work Experiences

Untuk fresh grad, biasa ada pengalaman internship je kan. Tulis lah nama company, tahun bila, and job scope / skills yang dapat. Kalau pernah buat part time pun tulis jugak, sekali dengan job scope / apa yang korang achieve masa buat part time tu.

4. Activities Involved

Senaraikan program yang korang pernah organize atau join. Jangan la attend talk pun nak tulis jugak. Tulis yang membanggakan lah, contohnya jadi biro kewangan, dapat kutip sponsor sampai RM100k. Maknanya skill PR korang bagus sampai boleh dapat banyak sponsor untuk program. Kadang kadang kalau aktif join sukan pun majikan suka, sebab boleh jadi wakil untuk company baru pulak. Atau korang suka main futsal, majikan korang pulak memang suka futsal, boleh lah dia ada geng baru. (Tapi tak releven sangat pun, rendah sangat probability dia)

5. Skills

Senarai semua skills yang power and ada kaitan dengan kerja. Technical skills, contohnya Microsoft Word, Microsoft Powerpoint, Adobe Photoshop. Soft skills, contohnya presentation skill, communication skill, negotiation skill. Jangan lupa masukkan languages yang korang terrer. Biasanya part skills ni orang buat dalam bentuk rating 3/5 ke 4/5 ke.

6. Academic Projects

Disebabkan fresh grad tak banyak pengalaman, ada pengalaman buat FYP atau apa apa projects lain, boleh listkan dekat part ni. Letaklah nama project, briefly pasal project dengan skills yang dapat dari buat project tu.

Contohnya:

Android Translation Apps - An android apps that helps user to translate into 20 different languages.

Skill: Android Studio


7. References

Elok letak dua orang lecturer yang memang kenal korang and boleh bagi positive feedback. 


Perlu ke letak gambar?

Letak gambar ke tak ni, terpulang kepada diri masing masing. Ada orang kata kena letak, supaya majikan boleh kenal dia macam mana, sesuai tak kerja. Tapi apa kaitan nak tengok muka? Lain lah kerja bidang yang memang kena tayang muka macam modelling atau receptionist. Skill je tak cukup ke? (Emo pulak hahaha)

So perlu ke tak, terpulang. Rasa nak letak, letak lah gambar formal. Jangan selfie atau background serabut, pakai baju tak formal. Kalau malas nak pergi tangkap gambar passport, makesure pakai baju cantik and formal, tangkap gambar dengan background warna putih. Gambar kena kemas.

Tips lain

1. Pastikan guna font yang senang nak baca, tak besar sangat tak kecik sangat dan tak berserabut. 

2. Untuk fresh grad, resume maximum 2 pages dah okay. Panjang sangat nanti penat pulak orang nak baca.

3. Buat dalam bentuk table atau bullet. Jangan buat essay meleret. Kesian orang nak baca, mengantuk dia. 

4. Save dalam bentuk pdf! Supaya format & alignment tak lari bila majikan download.

5. Template menarik. Sekarang ni ada banyak style resume, warna warni. Ada orang kata kalau bidang engineering, sains, yang serious serious ni resume jangan fancy sangat. Buat black and white je and macam normal resume tu. Sebab ada certain company, majikan dia orang lama lama, jiwa lama, dia nak benda yang dah biasa dalam hidup dia. Kalau orang muda, mestilah nak tengok resume berjiwa muda. Kalau bidang arts, takpe buat fancy fancy sikit, barulah nampak seni dia. For me, takpe buat yang fancy sikit kalau korang nak kerja dengan company yang fun, yang boleh terima resume fancy and bagi peluang untuk express diri sendiri. It's all up to you.

Ni ada contoh I buat resume warna peach guna microsoft publisher: My Peach Resume (tapi ni resume lama, dah outdated sikit)

6. Email address, make sure formal and jangan guna email yang sama link dengan social medias korang! (Unless social media korang macam facebook, twitter, instagram tu suci murni, takpe)

Beza resume dengan CV?

Resume cuma brief summary of your skills and experiences. CV (Curriculum Vitae) ni penerangan panjang lebar tentang kehidupan korang. Semua educations, accomplishments ada dalam CV.


Okay, ini je kot tips from me. All the best :)

Pantang 44 hari, 60 hari, 100 hari

Semua senarai pantang ikut hari ni ambil dari google, ada yang Ummi and Ummi mertua punya tips so I compilekan. Untuk rujukan je okay, nak ikut atau tak, terpulang. #YourBodyYourChoice

44 hari

1. Makanan berangin/kembung

2. Makanan sejuk takut sakit urat

3. Makanan bergoreng, santan, pedas -- Tapi kari & masak lemak sedap ok, mana boleh pantang santan!

4. Telur & seafood

Makanan ni memang banyak pantang larang dia. Nak senang ingat, I hafal yang boleh dimakan je.

So dalam pantang, makan ikan/ayam/daging (tapi ikan tak hafal so setiap kali sebelum makan, kena tanya dulu ikan tu boleh makan ke tak). Sayur yang boleh makan cuma carrot, brokoli, mushroom, potato SAHAJA. Yang lain sebab malas nak hafal, anggap je lah tak boleh. Buah yang boleh makan cuma oranges, grapes, apples. Buah buahan lain terutamanya buah buahan tempatan I assume semua tak boleh. Senang hidup.

Makanan yang I tak pantang: Dominos Pizza (tapi buang nenas), McD, Burger King, chocolates. Yang ni semua dua minggu lepas bersalin dah makan dah hehehehe

5. Tak boleh keluar rumah, tak boleh jejak tanah -- Keluar pergi checkup baby 30 hari (sebulan) & checkup mummy 6 minggu (42 hari).

6. Tungku, bengkung, berurut, mandi herba, pilis -- Ni buat on off, boleh tengok entri ni, My pantang melayu routine

7. Air sejuk, air gas, air kordial -- Cuma minum air suam, horlicks panas dengan milo panas je.

8. Ais -- Ni orang kata pantang sampai setahun. 

8. Tak boleh pakai seluar -- Yang ni taktahu lah kenapa kena pantang. Lagi selesa pakai seluar sebenarnya sebab tak reti ikat kain batik hahaha

9. Tak tidur waktu matahari naik & senja

10. Tidur kena berbantal

11. Pakai stokin -- Yang ni memang pakai sebab taktahu la kenapa takut sangat masuk angin.

12. Menjahit & membaca, sebab takut rabun sebelum tua -- Zaman sekarang mana boleh, lepas beranak dah terus baca phone, nak buat macam mana

60 hari

1. Bengkung. Sebab nak perut slim kan. 

2. Buat kerja berat 

3. Makanan berangin & sejuk

4. Makanan yang masak dua kali, contohnya keropok lekor (sebab dia rebus dulu, lepastu goreng), karipap, nasi goreng. -- Tapi yang ni I tak ikut sangat sebab rasa macam ok je padahal orang kata makanan masak dua kali ni berangin

5. Air sejuk, ice cream. -- Ni pun tak boleh tahan jugak, nafsu!

100 hari

1. Pantang suami 

2. Mandi air sejuk -- Seminggu je mandi air suam lepastu pakai air sejuk sebab tak sengaja...

3. Angkat benda berat kecuali baby -- Habis je pantang 44 hari, dah start angkut kain baju dari tingkat atas bawak turun bawah nak basuh, boleh tahan berat jugak tu.

4. Air-cond -- Aircond ni tak pantang langsung, balik hospital je terus pasang aircond sebab Malaysia ni panas, nak buat macam mana :(

Setahun

1. Minum ais

2. Laksa (kuah laksa yang pakai bunga kantan & daun kesum & ikan boleh buat angin, and masak dua kali so memang berangin, timun kacang panjang nenas pun tak elok jugak)

3. Pulut (sebab berangin)




Sebenarnya pantang ni ikut diri sendiri lagi lagi pantang makanan. Kalau orang kata okay je minum air ais dua minggu pastu korang nak minum jugak, suka hati la kan. Yang sakit pun diri sendiri, nanti tanggung lah sendiri. As for me, haritu hari ke 40 minum air kordial jambu, lepastu terus sakit perut kembong yang amat. Menyesal. Hari ke 45 pulak try minum yakult sebotol. Pun sakit perut kembong sampai berguling. So kena try lah apa yang boleh, apa yang tak. Kalau sakit tu, nasib lah ye.

Selamat berpantang new mommies! :)

Shopping untuk bilik baby di IKEA

Masa around 7 months pregnant, we went for IKEA trip nak beli perabot untuk bilik baby. Nak beli yang wajib wajib lah macam baby cot, rak baju, bath tub. Sebab dah survey lama sangat dah barang barang baby ni tapi tak beli beli sebab awal sangat.

First stop, mestilah makan meatballs dulu!


Lepastu baru surveyyyy





Ternampak seekor gajar and seekor polar bear, terus ambil. Niatnya nak beli satu je.




Lepastu saja buat poll dekat twitter


See, 50-50, 488 orang yang vote. 

Marwan pun macam, "Cuba tengok mata diorang, diorang macam nak ikut kita balik je".

Fine


Dua dua ekor dah selamat dibawa balik!


Beli bath tub etc etc


All the stuff we bought




What we bought:

Baby cot, tilam & cadar dia




Rak baju baby



Trolley untuk letak barang barang baby




Bath tub


Changing mat 




Asalnya bilik ni penuh dengan barang barang lama, tapi lepas dah kemas, jadilah bilik kosong.


Marwan gigih pasang langsir. (Lupa dah beli set langsir apa so tak include kat dalam list atas tu)


Sesi memasang. Ada lah tiga jam nak pasang baby coat + rak baju


 Almost done!

Tak pasang lagi sarung cadar for baby cot sebab takut berhabuk, awal lagi. Time ni bulan December, baby due bulan February. And bukan pantang kat sini so March baru nak guna. So sabar dulu.


Tapi tak sabar nak balik rumah nak kemas bilik baby ni cantik cantik, susun semua barang dia properly. Sebab tak sempat nak susun properly, tiba tiba je terbersalin awal :p

Cerita bersalin dekat sini, Pengalaman Bersalin

Ok byee!

Ankle Boots: Inspiration & Tips



Kalau nak pakai kasut gaya boot ni, kena pilih jenis boot yang sesuai. Lagi lagi dekat Malaysia, cuaca sentiasa berubah tanpa mengikut masa. Kejap hari panas, kejap basah sebab hujan, kadang kadang banjir (kalau banjir pakai boot Phua Chu Kang warna kuning je lah). Sebab tu mungkin ramai yang tak suka sangat pakai boot sebab kejap panas sangat, kejap hujan lebat, nanti tak pasal pasal basah boot.



So pilihan boot utama? Try ankle boots, boot yang tak terlalu tinggi dan tak terlalu rendah. Yang just nice je kata orang

Nak beli boots online pun kadang kadang susah jugak, sebab kemain beli cecantik mahal mahal tapi tak reti nak pakai, apa lah gunanya. Beli seronok, lepastu menyesal.

Jangan risau, dalam post ni I bagi beberapa sumber inspirasi tentang bagaimana untuk menggayakan kasut boot. Mana tahu lepas ini korang boleh tukar fikiran nak beli dan pakai kasut jenis boot everyday!

Tips #1


Pilih ankle boot jenis high heels untuk ke tempat kerja. Match kan dengan blazer dan seluar slim fit.

Macam ni:



Kalau berhijab, boleh match dengan seluar lebih selesa dan tidak terlalu ketat. Jangan lupa pakai aksesori yang sesuai supaya nampak lebih presentable untuk ke tempat kerja.

Tips #2


Untuk daily style atau yang masih muda, boleh pilih boot ankle yang tapak rendah atau yang ada permukaaan rata. Boot ankle ni nama lain dia flat ankle boots, normally fashionista global yang minat. Tapak rendah / flats macam ni lebih sesuai dan senang untuk daily style lagi lagi kalau kena banyak jalan.



Tips #3


Warna kasut boot yang senang nak match ni macam warna hitam dan coklat gelap. Kalau pakai warna meriah sangat nanti susah nak matching dengan outfit lain. Warna neutral lagi senang nak bergaya. Kalau korang suka pakai kasut tumit tinggi / high heels tapi taknak rasa tak selesa, pilihlah boot jenis wedges sebab lagi stabil.






As for me, I nak ankle boot macam ni pleaseeee!


Atau pun ni:

Alahai comelnya!


Tapi yang ni pun okay jugak! :p





So, dah ready nak menggayakan boot hari ini?

My pantang essentials

Personal hygiene:


1. Pad - Libresse Overnight -- Yang ni pakai untuk the first two weeks. Lepastu dah tak heavy flow, pakai pad biasa macam masa period je. Padahal dah beli tau yang maternity pad biasa tu tapi malas pakai sebab rasa tak selamat, ada loop loop amenda entah tak faham I, last last pakai yang biasa je

2. Disposable panties -- Masa tengah heavy flow, and still sakit, tak kuasa nak basuh basuh panties, sayang pulak tu kalau bocor. Pakai  disposable punya je, boleh terus buang. Beli dekat guardian/watsons.

3. Toilet paper & hair dryer -- Kena bagi kering okay kawasan tu. Make sure kering!

4. Antiseptic wash -- Yang ni hospital provide untuk basuh tempat luka jahitan tu everytime lepas pergi toilet

Breastfeeding essentials:



1. Nipple cream -- I bought Lansinoh sebab kakak ipar yang suggestkan tapi susah nak dapat dekat Malaysia so order online je. Yang ni penting masa awal awal nipple crack, berdarah, so this cream really helps. Tapi kalau nak simple, sapu je susu dekat nipple after every feeding kalau risau pecah / berdarah.

2. Breast pad -- Wajib sebab taknak susu meleleh kena bra/baju terus nampak selekeh.

3. Nursing bra -- Senang nak breastfeed baby. Dulu fikir macam ala pakai bra biasa tak boleh ke? Boleh je, tapi susah. Try lah. Seminggu I struggle pastu giveup, I need a nursing bra haha tu lah sombong lagi. Senang kerja pakai nursing bra!

4. Nursing pillow -- I pakai Dream Genii Pillow tu je yang beli masa pregnant, review here: Review: Dreamgenii Pregnancy Pillow

Kalau perlu, breastpump, bottles, breastmilk storage etc but I direct breastfeed so tak beli segala mak nenek ni lagi

Barang pantang melayu:

1. Socks
2. Bengkung
3. Kain batik
4. Batu tungku
5. Set pantang

Yang ni boleh tengok entri ni: My pantang melayu routine

Others:


1. Snacks -- I love Belvita. Dah berkotak kotak beli and makan sebab breastfeeding cepat lapar.

2. Botol air -- WAJIB WAJIB WAJIB. Time breastfeeding jadi haus sangat

3. Hand cream -- I don't know why tangan jadi makin kering

4. Lipbalm -- Bibir pun makin kering so perlu pakai lipbalm

5. Duphalac -- Ubat sembelit. Everyday makan 15ml supaya takde drama pergi toilet. Totally life saver!

6. Pil calcium -- Sebab malas minum susu

7. Sanitizer -- Tangan kena bersih pegang baby tapi ni sanitizer saja nak wangi je :p

8. Face mist -- Ni guna masa malam malam nak breastfeed baby or salin nappy dia ha kalau mengantuk, spray je benda ni or during the day, nak freshen up

9. Dry shampoo -- Masa pantang bukan setiap hari basahkan rambut, jadi dry shampoo ni untuk freshen up!

Meja tepi katil tempat I campak segala keperluan


Ni semua keperluan diri sendiri ya kalau bakal mak mak baca. Mana lah tahu boleh buat jadi rujukan kalau nak cari senarai keperluan berpantang untuk diri sendiri nanti :)