Hello, welcome to www.imanabdulrahim.com. You can search about any topic here :)

Life with Wafaa.

It was just a normal weekend for my husband and I at the in laws. My Ayah in law bought Wafaa a kinder bueno.

I was just chilling, tiba tiba dengar my husband and Wafaa bergaduh berebut that kinder bueno. (Macam budak budak, I knoww)

Lepastu Wafaa jerit, "Bagi balik sudu Wafaaaa!"

Kak Iman pun datang, acah acah penyelamat. "Baby, bagi lah balik sudu Wafaa. Awak sorok kan?"

"Mana ada."

Okay taknak mengaku. Takpe. Wafaa cakap memang ada bawah badan my husband, dia sorok sebab taknak bagi Wafaa.

"Baby, sumpah lillah wallah tak ambil sudu Wafaa?"

"Sumpah!"

Okay fine nak buat camne. So I told Wafaa, "Nak buat camne Wafaa, memang tak ada lah. Pasrah je lah..."

Suddenly tetiba memang betul, sudu tu ada bawah badan my husband.... Dia kata dia tak ambil, tak sorok, dia just tindih je, Fine....

And then my Ummi in law mintak tolong pergi pasar. On the way pergi pasar, berebut lagi kinder bueno.

Wafaa cakap, "Wafaa bagi Abang Ahmad, tapi janji jangan tipu Kak Iman dah. Okay?"

((Okay Kak Iman memang selalu muka kena tipu ke, okay..))

Lepastu Wafaa sambung, "Jangan makan bulat dia, makan sikit je"

I know my husband will eat all the kinder bueno and Wafaa of course lepastu akan mengamuk lagi so I told Wafaa, "Wafaa, suruh je Abang Ahmad beli sendiri, Wafaa jangan lah bagi dia."

And then Wafaa told my husband, "Aah, Abang Ahmad beli lah sendiri. Abang Ahmad kan ada duit sendiri. Wafaa share dengan Kak Iman je sebab Kak Iman miskin takde duit"


((Mmmmmmmm, okay. Kak Iman miskin.....))



Wafaa and her kinder bueno.


Helleh last last share jugak. Penat haku layan dua beradik ni tau. Hahaha

First Aidil Fitri and Aidil Adha as husband and wife ♥

Raya Aidil Fitri 2015 was my first raya as a wife, and my first raya without my family. Few days sebelum raya tu, suami dah sibuk nyanyi lagu raya touching touching nak suruh nangis.

Kfine baby, fine.


So our first Raya kitorang dekat Terengganu. Pagi raya, siap siap, jalan kaki pergi surau sama sama. Lepastu bila balik, suami kata sunat balik lalu jalan lain. I was like, kayyy, nak kena lalu jalan jauh ke camne. Rupanya just lintas jalan je, asalkan laluan tu berlainan hahaha k baru tahu 

First raya Aidil Fitri together.

Biasalah malam raya nangis, pagi raya nangis, tengah mandi nangis, hahaha drama sangat tapi bukan sebab tak happy ke apa. Saja lah feeling nak nangis tu sebab first time kans. Sabar je lah dapat isteri bipolar kejap happy kejap nangis.



My family whatsapp gambar raya lepastu mintak gambar kitorang...

Asalnya gambar macam ni....

Lepastu edit jadi macamni... Pun boleh lah korang


Anyways it was fun raya dekat kampung suami. Boleh kenal family dengan lebih rapat, jenjalan Terengganu sebab pernah pergi sekali je, best lah!

Adik beradik suami. My in laws.

Pantai Batu Buruk belakang rumah. Setiap hari jalan kaki lepak pantai. Bestttt.


And everyone in Terengganu was nice, masak sama sama, main bunga api, yang paling penting DAPAT DUIT RAYA WOIH DAH KAHWIN PUN DAPAT DUIT RAYA OKAYSSSSS AND LAGI BANYAK DARI BUDAK BUDAK TAK KAHWIN LAGI 

Anddddd, because raya Aidil Fitri dah raya belah suami, raya Aidil Adha mestilah with my family. Kamonnn, kita kena bergilir gilir. Nangis sekarang!! Kemain seronok haritu tengok orang nangis, kali ni kita tengok siapa yang nangis hahahaha

First raya Aidil Adha as husband and wife. (KANTOI BAJU REPEAT)

Sedih sangat suami update instagram caption "Raya di perantauan" elleh perantauan sangat. *bagi tissue* 


Malam raya bakar bbq luar rumah.

Ok, survived! Next giliran, raya Aidil Fitri with my family pulak next year. Ikut giliran dia camtu lah. Tapi nanti kalau ada orang tu tetiba rasa nak balik kampung dia, kita tengok camne. Nak kena hafal giliran ni sebab nanti kang bergaduh raya belah mana hahaha AMBOI camtu rupanya rasa bergaduh nak balik kampung belah mana ye, selama ni tengok drama je.

Kitorang buat giliran raya ni since sebelum kahwin lagi hahaha biasalah lelaki suka guna kuasa veto dia, "Kalau awak nak kahwin dengan kite, raya first raya belah kite k?" Elleh padahal dia yang nak kahwin dengan orang, dia pulak yang buat rules hahaha

ok bye!

Langkawi Trip : Itinerary & Budget

Harga tiket beli 6 bulan sebelum trip, RM38 sorang, pergi balik. (Kena rajin cari offer Air Asia)
Ambil pakej RM99/sorang untuk 3H2M tapi tambah RM50 untuk 4H3M. Pakej termasuk hotel, kereta sewa and island hopping. Boleh search dekat facebook, Century Rest Inn.

DAY 1
12.40pm: Boarding form KLIA2
1.45pm: Sampai Langkawi, airport transfer (RM35)
3.00pm: Check in hotel, unpack barang, rehat, makan
4.00pm: Naik cable car


RM20 sorang. Sila tunjuk IC.

Malam: Lepak Chenang cari makan.

DAY 2
8.30am: Pergi Kilim Mangrove Tour. (RM60/sorang) ni ikut harga pakej yang hotel offer, kitorang terima je. Asal asal harga RM80 tapi mintak kurang sikit.

Dalam pakej ni, visit Bat Cave, Crocodile Cave, Eagle Watching, Fish Feeding (best sebab bagi ikan pari makan, video ada dekat instagram), trip to Andaman Sea.

Bat Cave. Gelap! Kitorang taknak sewa lampu so pakai lampu handphone je.




Sejam mandi dekat Andaman Sea.

1.00pm: Balik hotel, cari lunch, rehat.
4.00pm: Keluar pergi Chenang, makan Laksa Ikan Sekoq.


5.00pm: Parasailing! (RM60/sorang)

Confident naik berdua taknak ada guide. Nak naik sensorang pun boleh, ada abang guide jaga kat belakang. 

Malam: Sewa motor, pusing Chenang sebab bawak kereta susah nak stop stop, parking pun susah tepi pantai.

Sewa motor sejam je, RM5. Nak sehari pun boleh. Rasanya RM16/sehari. Cari je along the road dekat Chenang.

Dinner dekat Restoran Haji Ramli. Total semua ni RM72. Best!


DAY 3
8.30am: Island hopping! Pergi Pantai Beras Basah & Tasik Dayang Bunting. Ni termasuk dengan pakej hotel & kereta so takpayah bayar dah.

Naik boat ramai ramai.

Pantai Beras Basah.

Kayak dekat Tasik Bunting. RM40 sekali kayak.

Life jacket sewa RM5/sorang. Nak masuk tasik Dayang Bunting kena bayar RM2/sorang. Seronok main kat sini sebab boleh lari dari platform and terjun masuk tasik. (Video dekat instagram)

Petang: Pergi MARDI makan buah.

Masuk sorang RM7. Sila tunjuk IC.

Sebab bukan musim buah sangat, ada buah buah biasa jeeee. Ni buffet. Makan lah sampai puas!

Malam: Lepak Chenang, makan street food, and singgah makan dekat EE Burger.

DAY 4
Pagi: Shopping chocolates.

Gambar wajib kalau pergi Langkawi. Gambar dekat Dataran Lang!

2.00pm: Airport transfer. (RM30)
3.20pm: Flight balik KL. Bye Langkawi!

P/S:
Aktiviti lain dekat Langkawi, ada jetski sewa RM120 untuk 30mins, ada banana boat RM30/sorang.
Boleh jugak pergi Pulau Payar untuk snorkeling, around RM130/sorang.
Total spending: Tak sampai RM380 tak termasuk makan.
Kuah (hotel kitorang) dengan Chenang around 30 mins drive.

 "What happens in Langkawi stays in Langkawi". We had so much fun in Langkawi! Bila spend time travel dengan orang yang best, mestilah the whole journey jadi best!! xxx

#MarwanXIman : Nikah di Masjid Wilayah

First step

My parents wanted the nikah ceremony to be held at Masjid Wilayah KL. So the first step that we did was, pergi Masjid Wilayah untuk book dewan nikah sekali dengan dewan makan so majlis nikah terus sambung dengan majlis kenduri, settle semua satu hari, satu tempat, tak payah hassle.

Nak book dewan, kena tiga bulan sebelum kahwin. Tak boleh awal. Since jarak decided nak kahwin and tarikh kahwin itself tu dekat, takdelah nervous nak book tempat enam bulan sebelum majlis ke apa. Masa pergi office Masjid Wilayah tu, tengah tengah bulan October 2014. Ingatkan boleh lah book untuk tarikh bulan January 2015 ke, tapi semua dah full. Bulan February 2015 belum bukak. Nak book bulan February 2015, kena datang office hari first bulan November 2014. Kena berebut!

Since 1st November 2014 jatuh hari Sabtu, hari Jumaat tu dah gigih, boleh tak, nak book awal ni. Tak boleh la of course! Ala penat je I gigih nak kahwin. Ok lah, hari Isnin tu, pagi pagi lagi, subuh subuh ni, dah pergi Masjid Wilayah, tunggu depan office sebab nak tunggu office bukak pukul 8 pagi. Hello nak kahwin, haruslah gigih! Nak jadi orang first ni book tarikh. Nak 21 February 2015, Sabtu, sebab tu je yang senang. Time cuti raya Cina, Khamis-Ahad. Long weekend.

Alhamdulillah, dapat jugak book tarikh yang nak tu. Time tu ada lagi orang lain nak book jugak, rasa macam competition pulak. So settle book dewan nikah and dewan untuk majlis kahwin.

Dewan Nikah Masjid Wilayah ni free of charge kalau nak guna. Jurunikah and saksi je kena bayar. Kena pakai jurunikah dekat situ. Saksi sendiri takpe.

Untuk harga dewan pulak, ada tiga jenis dewan:

  • Dewan Muslimat (muat 200 orang sekali seating), RM55/sejam
  • Dewan Muslimin (muat 400 orang sekali seating), RM135/sejam
  • Main Hall (muat 1000 orang sekali seating), RM350/sejam

Kitorang ambil Dewan Muslimin since jemputan bukan sekali duduk, orang datang dan pergi kan. Dewan Muslimat macam kecil sangat pulak, takut crowded. Catering kena ambil panel dekat situ. Ada list panel catering, so pilih je. Lagipun panel catering ni dah banyak pengalaman settlekan kenduri dekat masjid so takdelah risau sangat.



Second step

Lepas dah siap book venue, nak uruskan proses dokumen pulak. Alamat IC kitorang dua dua Selangor, so bila both of us dah dapat kebenaran kahwin dari kariah tempat tinggal masing masing, kena minta izin nak nikah luar daerah, nak nikah dekat KL.

So biasanya ni pihak perempuan yang uruskan. So I went to JAWI yang dekat dengan Masjid Negara tu untuk settlekan semua. Drive sendiri sensorang hashtag independent. Eh takdelah sensorang, of course mintak kawan teman hikhik.

Lama k tunggu dekat JAWI. Dari pagi sampai tengahhari. Dah lah tak breakfast lagi. Menangis lapar sambil tunggu turn nak dapat izin kahwin ni. Kena bawak dokumen kebenaran nikah luar negeri.


Ok settle pun! Ni lah kawan kite yang teman settle kan segala documents dekat JAWI. Panas panas sanggup jugak tangkap gambar. #girls

Simpan dokumen kebenaran kahwin tu baik baik. Lepastu nanti bagi Jurunikah yang nak nikahkan tu,

Third step

Jumpa jurunikah untuk confirmkan tarikh and masa nikah. And nak isi borang untuk sijil nikah. Time ni lah jurunikah saiko suruh mintak mas kahwin tinggi sikit, sebab mas kahwin ni hak perempuan, lepastu dia bagi tazkirah, mas kahwin ni lah yang kita nak buat kenangan so fikir baik baik. Tapi I tak terpengaruh pun sebab kitorang sendiri dah decide nak mas kahwin berapa kan. And kitorang mintak skrip akad nikah sebab nak practice hahaha sebenarnya Ayah yang mintak sebab nervous lah tu nak nikahkan anak sulung dia :p

Fourth step

Nikah!


Yang I tension ni, apesal takde sape pun bagitahu yang pengantin perempuan kena pegang mic and cakap ni. Kena baca keizinan untuk wali nikahkah. Terkejut sebenarnya sebab kena baca kuat kuat pakai mic.

The best thing about nikah kat sini sebab jurunikah best, kelakar and khutbah nikah kejap sangat. Tahu tahu je dah nak akad nikah.

Sekali lafaz dah settle nikah!

Make sure nak akad tu, sebut bebetul "Aku terima nikah (nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin...." tu, part nikah tu, takde NYA. Orang selalu salah "Aku terima nikahNYA (nama pengantin perempuan) lepastu kena repeat lafaz. Takde NYA tau!

Our whole family, complete <333


Lepas dah settle nikah, tetamu terus pergi makan. Yang tak attend nikah pun terus pergi makan pukul 11 sebab dekat kad jemputan memang state 11 pagi sampai 4 petang.

Tak tukar baju, terus straight baju nikah yang sama tu, masuk dewan kat bawah masjid acah acah lalu red carpet.

Simple all white meja beradab. Ni termasuk dalam pakej catering.

Harga catering macam biasa range RM10-RM15 untuk normal menu kenduri kahwin. Takde tambahan apa apa. Kalau nak tambah tambah, tambah lah extra duit ye. 

Lagu background, kitorang memang taknak lagu kahwin lame lame, so kitorang buat playlist sendiri. Pihak masjid bagi lagu nasyid and music biasa je. Selain dari tu, tak boleh. Kfine. So lagu kitorang semua instrumental music or piano version. Lagu Mirrors, Justin Timberlake tu kitorang repeat setiap empat lagu, mesti wajib lagu Mirrors tapi piano version je lah :p


Dekat sini tak boleh pasang pelamin. Pihak masjid tak bagi. So no pelamin ok. Just kerusi je.

Lepastu Masjid Wilayah ni memang dah lawa sangat, nak buat photo shoot memang perfect! So satu hari, satu tempat, siap semua benda. Nikah, kenduri, gambar lawa.




In my opinion, nak buat majlis nikah and kenduri dekat Masjid Wilayah memang recommended sebab settle semua benda dalam satu hari. Penat sekali je. Jimat. Dewan aircond. Ample parking space untuk tetamu. Selesa. And sangat sangat bersyukur sebab parents yang sponsor semua benda. Almost semua benda. Totally grateful for that <3




Gambar kahwin semua from official photographer, Amirul Arif Photography

Krabi Trip: Itinerary & Budget



Wajib bawak. Passport, gopro, shades and sunscreen!


Harga tiket: Around RM300++ untuk dua orang pergi balik.
Masa pergi tu, 100Baht = RM11.40.


DAY 1
7:15 (Waktu Malaysia) : Boarding from KLIA2
7:30 (Waktu Thailand): Sampai Krabi (flight ambil masa sejam 15 mins)
8:00: Cari bas pergi Aonang. Aonang tau, bukan Krabi Town. (300Baht/sorang)
9:00: Sampai Aonang Beach. Redah cari hotel. 
10:00: Check in hotel. Rehat. Cari package untuk petang.
12:30: Naik van pergi elephant trekking (600Baht/sorang)

Semua package ni korang cakap je nama hotel dekat orang tu, nanti memang van akan ambil korang depan hotel untuk pergi mana mana tempat based on package korang.

Elephant trekking. Nanti gajah tu jalan masuk hutan and masuk sungai.


Literally sweeping me off my feet.



DAY 2
0800-1600: Island Hopping (1000Baht/sorang)

Kitorang pergi Hong Island sebab ada sekali Kayak and Snorkeling. Lepastu lunch pun provided. Halal. 




 
Kayak dekat laut lepas. Cuak k kalau terbalik, entah ke mana hanyut!

Petang lepas habis trip, sewa motor (200Baht untuk 24 jam) pergi makan pancake. Rasanya semua jenis kitorang rasa. Nutella pancake, Nutella pisang, mangga,  mangga coconut, eh semua lah!


Paling best naik motor dekat Krabi sebab rasa #life

Gerai feveret tepi jalan, semua makanan ada! Pulut mangga, pancake, coconut shake.


DAY 3
Sewa motor, jenjalan Krabi Town. 30 mins from Aonang. Sakit pinggang naik motor!Dah lah sesat takde waze sebab takde internet. Saja jenjalan tapi takde apa sangat pun dekat Krabi Town.



Mestilah kena helmet pink okays.

Petang pergi dinner, tengok sunset.

Acah acah dinner tepi pantai. Candle takde, kena tiup angin.

Malam tu wajib cari makan lagi. Dekat truck abang ni, macam boat noodle. Sedap okay!

Halal! Abang ni muslim, kitorang sembang sembang.

Apalah ertinya pergi Krabi kalau tak jenjalan cari makanan. Green tea, pancake, pulut mangga. Makan sampai senak perut.



DAY 4

Kemas kemas, pergi tengok sunrise jap, lepastu balik KL!



P/S:
Sunrise pukul 6.30AM, sunset 6.35PM.
Wifi kena beli, 100Baht untuk 24 jam. Tak boleh share,
Banyak lagi package lain, tapi kitorang malas. 
Average pancake 50-60Baht.
Bawak air mineral banyak banyak time trip.
Total spending around RM1500 untuk dua orang. Banyak on makan je.