Hello, welcome to www.imanabdulrahim.com. You can search about any topic here :)

SKINCARE 101: All about facial masks that I've tried

I am going to share all the facial masks that I've tried, what is the function of each masks and when to use them :)



Sheet mask, sleeping mask, exfoliating mask, clay mask, mud mask, DIY mask, apa beza semua ni?






SHEET MASK
My most favourite mask. Setiap mask ni dia ada ingredients and benefit sendiri, semuanya boleh tengok dekat packaging mask tu.


Cara nak pakai sheet mask?
Just keluarkan sheet mask daripada pakaging dia, and apply dekat muka. Ada certain sheet mask ni dia letak plastik, so remove plastik tu dulu, baru letak dekat muka. Pakai 10-15 minutes je atau berdasarkan arahan dia. Jangan pakai sampai dia kering. Tak elok.

Siapa sesuai pakai sheet mask? 
All skin types. Pilih je nak yang mana, ada for soothing, moisturizing, nourishing, anti-aging. Semua ada.

Bila nak pakai sheet mask?
Lepas cuci muka, pakai toner, boleh apply sheet mask ni. Kalau ada essence dia yang lebih lebih tu, boleh sapu dekat leher, siku, tumit. Boleh pakai setiap hari.

Kena bilas ke sheet mask lepas pakai?
NO. Lepas dah 10-15 minutes pakai, just lap lap essence lebih lebih tu, make sure semua dah absorb. Bila agak agak muka dah nak kering (lembap gitu), terus apply moisturizer. Done. Kalau on budget, pakai sheet mask je, tak payah beli essence la serum la semua tu :)

Sheet mask yang best?
I love SEP! Innisfree punya pun best, ada banyak jenis. I love them all. Tapi tak buat review lagi.


Also read: B.LIV O2 BUBBLY BRIGHT OXYGENATED MASK & NANO BIO-CELLULOSE MASK REVIEW - yang ni macam sheet mask tapi dia nano bio-cellulose. Lagi best dari normal sheet mask, but quite pricey... :(

SLEEPING MASK
The only sleeping mask that I've tried is from Laneige. Sebenarnya function sleeping mask or night cream ni lebih kurang sama je. Extra moisturizing waktu tidur. Bila bangun, terus kulit yang lembut and lembap. Suka!


Cara nak pakai sleeping mask?
Apply thin layer dekat muka, then tidur! Haha tu je. Tak perlu bilas lepas pakai.

Siapa sesuai pakai sleeping mask? 
All skin types.

Bila nak pakai sleeping mask?
The final step selepas moisturizer. Pakai je, and terus tidur. Tak perlu bilas ye. Boleh pakai setiap hari kalau nak.



EXFOLIATING MASK
Mask jenis ni biasanya letak dekat muka, lepastu scrub sikit and bilas. I rarely use this mask, to be honest. Guna as an exfoliator je haha.



Cara nak pakai exfoliating mask?
Apply dekat muka, biar 5-7 minutes. Lepastu urut urut sikit dekat muka, then bilas.

Siapa sesuai pakai exfoliating mask? 
All skin types.

Bila nak pakai exfoliating mask?
After cleanser. Guna mask ni, then bilas. Buat dalam toilet pun ok je haha




CLAY MASK
Untuk bersihkan muka, kurangkan minyak, tarik segala kotoran, buang sel kulit mati.


Clay mask yang best?
I suka clay mask from Innisfree. Yang mousse tu dah habis, so beli yang dalam jar pulak.




Cara nak pakai clay mask?
Apply dekat muka, biar sampai 10-15 minutes, sampai clay mask dah bertukar warna. Jangan tunggu sampai dia kering merekah. Tak elok untuk kulit. Nanti mula la rasa gatal nak garu tu. Sebab kulit dah kering sangat. 10-15 minutes je tau! Lepas tu bilas.

Siapa sesuai pakai clay mask? 
Oily or combination skin. Dry skin better avoid clay mask sebab takut lagi mengeringkan kulit. However, I still use yang Innisfree Clay Mask for hydrating, only dekat area hidung.

Bila nak pakai clay mask?
Lepas cuci muka, pakai clay mask. Biar 10-15 minutes je, lepas tu bilas. Then, pakai moisturizer. Pakai 2-3 kali seminggu je.


 MUD MASK
Mud mask ni sebenarnya function lebih kurang je daripada clay mask, tapi less drying. So normal-not so dry skin pun boleh guna.


Cara nak pakai mud mask?
Sama macam clay mask. Apply dekat muka, biar sampai 10-15 minutes, sampai mud mask dah bertukar warna.Lepastu bilas.

Siapa sesuai pakai mud mask? 
All skin types. Tapi kalau dry skin, macam a bit drying jugak.

Bila nak pakai mud mask?
Sama macam clay mask. And 2-3 kali seminggu.


DIY MASK
DIY means, Do-It-Yourself. Mask buat sendiri. Ada yang hancurkan tomato, letak dekat muka. Ada yang guna honey, ada yang guna telur. Semua guna barang barang yang ada dekat dapur. For me, I dah malas nak buat sendiri mask ni. Haha.




For me, I suka pakai mask waktu malam. Pagi pagi tak sempat.

Boleh ke nak pakai mask banyak banyak dalam satu hari?
Boleh je, no problem. Asalkan rajin. Step dia:
1. Cleanse
2. Toner - kalau ada
3. Clay mask/mud mask - lepas tu bilas
4. Sheet mask - jangan bilas
5. Moisturizer
6. Sleeping mask

Okay siap! Tapi kalau exfoliating mask tu better jangan pakai dengan clay/mud mask sebab takut drying sangat. 

That's all. Thanks for reading!

(Disclaimer: This is not a paid/sponsored review. I bought all the products using my own money. Every skin is different. What works for me, might not work for you. This is just my personal experience)